Pengguna Berdaftar
Lagu Melayu tradisional ‘makanan’ Siti Nordiana
Feb 10, 2024 | 5:30 AM
Siti Nordiana tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Singapura dengan rangkaian lagu popularnya daripada pelbagai genre, dalam satu majlis makan malam eksklusif yang akan diadakan di Muslim Delights Orchard, Concorde Hotel pada 17 Februari. - Foto FACEBOOK SITI NORDIANA
Sesiapa sahaja yang mendengar alunan suara Siti Nordiana Alias, 39 tahun, atau lebih mesra dengan panggilan Nana, pasti akan terbuai dengan kelembutan dan kemerduannya.
Patah lagu, lenggok suara pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP) bagi kategori penyanyi wanita popular sebanyak tiga kali itu, memang cocok sekali mendendangkan lagu berentak tradisional.
Laporan berkaitan
Gelombang lagu tradisional akhir 90-anFeb 7, 2024 | 9:53 AM
Ingatkan Nana nak kahwin... rupanya rai ‘jodoh’ 25 tahun dengan peminatJan 31, 2024 | 1:42 PM

