KALAU tidak kerana suratan takdir yang menyebabkan isterinya terpaksa menggugurkan kandungan untuk mengelakkan kemudaratan, pastinya penyanyi Anissul Asaad kini penuh debaran menanti kelahiran anak sulungnya.

Isteri Anissul, Rina Raihana Samsi, 29 tahun, mengalami kehamilan di luar rahim pada Oktober tahun lalu dan diusulkan doktor agar tidak meneruskan kehamilannya yang ketika itu baru berusia sebulan sahaja.