Penyanyi Blackpink, Jennie, baru sahaja memperkenalkan single barunya, Slow Motion.
Single terbarunya itu adalah hasil satu kerjasama antara Jennie dengan Matt Champion, vokalis band lelaki, Brockhampton, dari Amerika Syarikat.
Champion mengumumkan penerbitan single itu dengan memuatnaikkan poster lagu tersebut di media sosial, di mana beliau turut memaklumkan hantaran itu kepada Jennie.
Jennie dan Champion telah berbicara tentang single itu dengan setiap seorang memainkan keratan lagu berkenaan menerusi saluran media sosial masing-masing.
Anda boleh mendengar rentak dram dan bes yang unik dan menyegarkan dalam lagu ini.
Muzik Champion terasa berbeza berbanding kebiasaannya, jelas RCA Records.
Slow Motion juga adalah lagu pertama Jennie sejak beliau meninggalkan YG Entertainment untuk melakukan projek solo dan menubuhkan agensinya sendiri, Odd Atelier, pada Disember.
Jennie turut tampil dalam rancangan tvN, Apartment 404, sebagai anggota tetap rancangan itu sejak 15 Februari.
Beliau memulakan kerjaya solo pada November 2018 dengan mengeluarkan lagu pertamanya, Solo yang telah mencapai 1 bilion tontonan di YouTube.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg