PADA usia yang sudah mencecah 35 tahun, bakat setempat Ryan Sufiyan akur beliau sudah agak berusia atau terlewat menjinak-jinakkan dirinya dalam bidang lakonan di seberang Tambak.

Bagaimanapun, pada saat beliau tidak menduga rezekinya masih ada, tahu-tahu Ryan berada di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di Petaling Jaya, Selangor, bagi menandatangani kontrak lima tahun.