Topic followed successfully
Go to BHku'Langgar kontrak': Kes saman terhadap Fazura ditangguh
Premium
'Langgar kontrak': Kes saman terhadap Fazura ditangguh
May 11, 2020 | 5:30 AM
'Langgar kontrak': Kes saman terhadap Fazura ditangguh
NUR FAZURA: Terima surat saman daripada pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek, yang menamakan beliau sebagai defendan pertama dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Nur Fazura, bagaimanapun, mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dan tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif. - Foto FACEBOOK NUR FAZURA -
KUALA LUMPUR: Keputusan kes saman terhadap pelakon dan penyanyi Fazura yang nama sebenar ialah Nur Fazura Shariffudin berhubung dakwaan melanggar kontrak ditangguhkan pada 18 Jun.
Peguam Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan ditukil Sinar Harian sebagai berkata bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara ketika ini.

