Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langgar SOP ketika ziarah Raya: Norman Hakim, Abby Abadi dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang

May 27, 2021 | 7:22 PM
Foto INSTAGRAM/SINAR HARIAN
Foto INSTAGRAM/SINAR HARIAN -

SHAH ALAM - Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 ($639.17) masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti ziarah Raya baru-baru ini.

Turut dikompaun ialah bekas isteri Norman dan selebriti Abby Abadi serta suaminya, Muhammad Faizal Zakaria juga masing-masing sebanyak RM2,000 kerana turut serta dalam aktiviti berkenaan di sebuah rumah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan kompaun tersebut.

"Kesemua individu itu telah ditawarkan kompaun sebanyak RM2,000," katanya pada sidang akhbar di Google Meet di sini pada Khamis (27 Mei)

Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit yang disyaki tidak tinggal serumah berkumpul menyambut Hari Raya bersama.

Difahamkan, menerusi gambar berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021). - Sinar Harian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg