Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Langgar SOP: Neelofa terima dengan hati terbuka dikenakan kompaun RM60,000

Apr 28, 2021 | 12:15 AM



KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti Neelofa menerima dengan hati terbuka tindakan polis mengenakan kompaun berjumlah RM60,000 ($19,416) ke atas beliau, suami dan 20 ahli keluarganya yang lain kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.



Bekas pengacara program hiburan Meletop itu juga menegaskan, insiden berkenaan memberikan pengajaran untuknya pada masa depan, lapor laman Astro Awani.



"Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa,” kata usahawan hijab itu dalam satu kenyataan media pada Selasa (27 April).



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, Neelofa bersama suaminya, PU Riz serta 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.



Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan iaitu RM10,000 kerana tidak mematuhi SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.



Sementara suami Neelofa, PU Riz dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran merentas negeri.



Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.



Dalam masa sama, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan kes yang melibatkan dirinya.



Beliau juga memohon maaf kepada semua pihak jika kes yang melibatkan dirinya dan keluarga memberi masalah kepada kelancaran kerja harian mereka.



Pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.



Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenaan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.



Bagaimanapun, tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan di pulau legenda itu. - Astro Awani



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >