Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langgar SOP: Siti Nurhaliza dan suami dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang

May 27, 2021 | 3:53 PM
Foto INSTAGRAM DATUK CTDK
Foto INSTAGRAM DATUK CTDK -

SHAH ALAM: Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 ($3,196) atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menjalankan majlis tahnik anaknya pada Mei lalu.

Kompaun RM10,000 itu turut dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, antara individu lain yang turut dikenakan kompaun sama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Bagi kesemua individu berkenaan, kompaun RM2,000 dikenakan bagi setiap seorang.

Arjunaidi turut memberitahu, selebriti Norman Hakim serta bekas isterinya, Abby Abadi turut berdepan dengan tindakan yang sama.

Sebelum ini, polis telah memanggil penganjur majlis tahnik anak penyanyi terkenal itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran SOP ketika melaksanakan majlis berkenaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Astro Awani

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg