Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Langkah baru Syaz Smooth

Juara Suara 2.0 nantikan lagu baru 'Menunggu' di bawah Universal Music sambil rancang ambil kursus diploma ciptaan dan penerbitan lagu
Jan 17, 2022 | 05:30 AM



Hampir setahun yang lalu mereka bertanding dalam peraduan adu bakat Wisma Geylang Serai (WGS), Suara 2.0. Sejak itu, beberapa orang daripada finalis peraduan tersebut rancak membina kerjaya dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Ada juga yang menebar minat untuk teroka bidang lain di luar cabang seni. BERITA HARIAN melaporkan.




TAHUN 2021 yang baru sahaja berlalu meninggalkan kesan buat penyanyi dan pelakon muda, Syah Riszuan Huslan, yang lebih dikenali sebagai Syaz Smooth.



Selain menjuarai Suara 2.0 berbekal suara merdu, 2021 merupakan tahun yang sangat sibuk buatnya yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O'.



Kejuaraan itu pula membawa kepada beberapa projek seni yang perlu remaja berusia 16 tahun itu galas seperti konsert Orkestra Melayu Singapura (OMS), Langkah Gergasi dan rancangan digital Hari Raya WGS, Semarak Lebaran.



Hasil keputusan GCE Peringkat 'O' yang diperolehi Syah pada Rabu lalu beliau membulatkan tekad untuk memohon melanjutkan pengajian Diploma Ciptaan/Penulisan Lagu dan Penerbitan Lagu di institusi swasta, The Songwriter Music College (TSMC).



TSMC adalah maktab muzik pertama di Singapura yang menawarkan kursus diploma khusus untuk ciptaan lagu dan penulisan lirik.



Kaedah menghasilkan lagu 'hit' akan diajar sejajar dengan tuntutan industri muzik masa kini.



Tokoh muzik daripada syarikat bersekutu TSMC, Funkie Monkies Publishing, akan membantu pelajar memasarkan lagu mereka ke peringkat antarabangsa.



Hasil kerjasama Funkie Monkies Publishing bersama mm2 Asia Ltd sebagai rakan kerjasama strategik, jurang antara pendidikan muzik dan pengetahuan tentang industri akan dirapatkan.



Menurut Syah, langkahnya mengambil kursus ciptaan dan penerbitan lagu itu didorong oleh kecenderungannya menjadikan bidang nyanyian sebagai satu kerjaya.



Tambahan pula, Syah telah menandatangani kontrak bersama label mapan di Singapura, Universal Music Group (UMG), yang juga mengurus kerjaya Iman Fandi dan Fariz Jabba.



Syah juga merupakan pelakon drama televisyen Inggeris, This Land Is Mine dan Whoopie's World.



Ketika dihubungi Berita Harian menerusi Zoom baru-baru ini, Syah, yang mula tular namanya setelah muncul hingga ke peringkat separuh akhir rancangan realiti Asia's Got Talent, berkata:



"Saya akur 2021 adalah tahun sibuk buat saya. Banyak projek seni yang datang silih-berganti.



"Justeru, saya harus bijak membahagikan masa antara bersekolah, menyanyi, berlakon, menghadiri tuisyen dan kelas mengaji."



Menurutnya, tawaran untuk menyertai UMG sudah diterima sejak 2019 apabila beliau terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Kebetulan salah seorang penerbit UMG mengesan bakatnya.



"Saya berbesar hati kerana dapat menandatangani kontrak bersama label mapan seperti UMG. Sekian lama saya berharap dapat diuruskan label rakaman yang akan membawa dan membimbing saya tembusi pasaran serantau.



"Saya adalah peminat Fariz Jabba, lantas gembira dapat berada di bawah bumbung yang sama dengannya," kongsi Syah lagi.



Sejak beberapa bulan lalu beliau sibuk merakam lagu dengan 'single' 'Menunggu' dijadualkan keluar awal tahun ini.



Lagu ini dicipta Syah sendiri dan merupakan karya R&B dengan teras pesanan menanti di rumah seorang diri dan mengharap cinta datang bertamu.



"Ia adalah lagu kontemporari dengan bunyian masa kini. Lagu ini menyeronokkan untuk dirakam.



"Ada sebuah lagi lagu Inggeris menyusul dalam masa beberapa bulan mendatang sekitar Mac.



"Banyak lagi yang saya ingin pelajari dan bersyukur serta hargai pemberian Tuhan ini," jelasnya lagi.



Syah berterima kasih kepada WGS yang membuka peluang buatnya membuat persembahan, baik 'gig' digital, rancangan Raya dan juga konsert ulang tahun OMS, Langkah Gergasi.



"Konsert OMS adalah pengalaman baru buat saya. Cabarannya memang besar sebab saya tidak terdedah pada menyanyi lagu Melayu lama dari era 1960-an hingga 1980-an, seperti Si Manis 17 dan Hoore! Hoore!



"Kebiasaannya, saya mendengar lagu Inggeris lama. Tapi, saya menyahut cabaran mendendangkannya dengan bimbingan penyanyi lebih berpengalaman seperti Abang Rudy Djoe. Kerana seronok sangat, sampai terjoget!" kongsinya.



Di ambang peringkat akhir peraduan Suara 3.0 pada 23 Januari ini, Syah mengharapkan yang terbaik buat semua peserta khususnya sahabat baiknya, Alfan Ryan Alfe Rohan.



"Alfan dan saya sering buat lagu 'cover' bersama di Instagram. Saya berikan beliau beberapa panduan untuk berjaya dalam pertandingan Suara 3.0.



"Teruja saya ingin menyaksikan persembahan Alfan. Saya hargai Alfan kerana beliau banyak membantu saya dalam proses mencipta lagu. Memandangkan beliau boleh bermain gitar, kemahiran muziknya memang ada," jelasnya lagi.



Apakah pesan Syah buat 10 finalis Suara 3.0?



"Jujur pada diri. Ketahui anda sudah sampai ke peringkat akhir dan berikan yang terbaik," ujarnya.



Syah juga berharap tahun 2022 akan membawa sinar baru buat dirinya, keluarganya dan sahabat-handainya yang banyak memberi sokongan buatnya selama ini.




"Saya akur 2021 adalah tahun sibuk buat saya. Banyak projek seni yang datang silih-berganti.
Justeru, saya harus bijak membahagikan masa antara bersekolah, menyanyi, berlakon, menghadiri tuisyen dan kelas mengaji...
Saya berbesar hati kerana dapat menandatangani kontrak bersama label mapan seperti UMG. Sekian lama saya berharap dapat diuruskan label rakaman yang akan membawa dan membimbing saya tembusi pasaran serantau.
- Syah Smooth yang nama sebenarnya Syah Riszuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >