Laporan: 121 juta Muslim melancong ke serata dunia tahun lalu
Premium
Laporan: 121 juta Muslim melancong ke serata dunia tahun lalu
Aug 28, 2017 | 5:30 AM
PELANCONGAN MUSLIM BERKEMBANG: Sekumpulan pemandu pelancong sukarela di bandar lama Istanbul, Turkey, berlatarbelakangkan bangunan zaman silam Hagia Sophia. - Foto REUTERS -
SERAMAI 121 juta orang Muslim melancong di serata dunia tahun lalu dan membelanjakan sekitar AS$156 bilion ($212 bilion) dalam kegiatan pelancongan.
Laporan berjudul Satu Visi Strategik bagi Pelancongan Turkey: Pelancongan Halal, yang dihasilkan Persatuan Industri dan Peniaga Berdikari Cawangan Antalya, Turkey, memberikan gambaran situasi pelancongan Muslim di serata dunia sambil menilai sektor itu di Turkey pada masa ini.

