Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Last Regiment serap semangat gigih Leftenan Adnan

Apa ada pada nama sesebuah band? Apa pula di sebalik penjenamaan semula seorang penyanyi yang menggunakan nama pentas berbeza daripada nama asal? Bagi dua bakat Singapura ini, jenama yang melambangkan semangat dan arah tuju lebih positif dalam perjuangan seni adalah mustahak. BERITA HARIAN melaporkan.
Feb 24, 2021 | 05:30 AM



SEMANGAT juang pemimpin rejimen askar Melayu, Leftenan Adnan Saidi, menjadi bak inspirasi buat band setempat Last Regiment meneruskan kerja seni mereka sejak lima tahun lalu.



Nama Last Regiment bahkan dipilih rapper dalam kumpulan ini, Flique, yang tersentuh dengan kisah tokoh bersejarah ini.



Sebagaimana kata Flique, yang nama sebenarnya, Md Taufiq Haji Md Zulkeffly, ketika dihubungi:



"Saya memberikan nama Last Regiment buat band kami kerana mengingati Leftenan Adnan yang bertungkus-lumus berbakti demi bangsa dan tanah air.



"Justeru itu, Last Regiment mencerminkan kesatuan dalam menuju kejayaan. Lantas, kami cuba usahakan mewakili suara masyarakat di dalam setiap lagu kami."



Band yang diketuai gitaris Nur Alfian Jamal (Alfie) turut dianggotai vokalis Saifudin Kamarudin (Ehhpull), pemain dram Sufi Sayuti (Sufi) dan pemain bes Mohd Fazli Mohd Shahri (Acit).



Membahagikan masa antara muzik dengan kerjaya dan keluarga merupakan cabaran yang dihadapi anggota Last Regiment.



"Kami mengejar masa kerana semua anggota band sudah pun berumah tangga.



"Alhamdulillah, pasangan kami memahami dan memberi sokongan sejak hari pertama band ini ditubuhkan. Kami juga pentingkan ukhuwah antara anggota kami agar sinergi kami terus bertahan," jelas Flique.



Baru-baru ini, band ini muncul dengan lagu Lembaga Di Nota yang dipertaruhkan dalam rancangan dalam talian Carta Dasyat Giler.



Menurut Flique, lagu ini menceritakan sebuah kisah masyarakat dengan ada dalam kalangan individu sekeliling berkorban masa dan tenaga demi mencari rezeki.



"Dalam bab mencari rezeki, kadangkala ada yang perlu melalui tempoh kais pagi, makan pagi...kais petang, belum tentu lagi.



"Kesibukan bekerja malah membuatkan mereka terlupa meluangkan masa buat keluarga yang dicintai.



"Justeru, lagu ini menyisipkan nasihat agar seseorang boleh cari rezeki yang diberkati tetapi jangan sampai terlupa orang tersayang," katanya lagi.



Irama lagu Lembaga Di Nota ini dicipta Alfie dengan lirik pula dihasilkan Flique.



Ditanya apakah yang dilakukan Last Regiment bagi kekal relevan dalam persada seni Singapura, Flique menjelaskan beliau dan rakan-rakan berusaha mengkaji lagu lama dan baru dengan mendengar radio dan Spotify serta menonton YouTube.



"Kami juga gemar berbincang dan bergaul dengan pemuzik Singapura lain, baik yang baru atau lama demi bertukar pendapat.



"Pertukaran pandangan ini penting dalam mencari ilham mencipta lagu yang unik dan sesuai dengan cita rasa terkini," ujar Flique lagi.



Last Regiment menjadikan band seperti Linkin Park, Limp Bizkit, P.O.D, DreamTheater, Iron Maiden dan Avenged Sevenfold sebagai sumber inspirasi.



Apakah pula rancangan bagi 2021?



Kata Flique:



"Kami sedang mengumpul bahan bagi album solo kami yang berlandaskan genre numetal, rap dan eksperimental.



"Sekitar 10 hingga 12 lagu akan kami sajikan. Pada masa yang sama, kami sedang dalam proses pembikinan lagu sempena Ramadan.



"Kalau semua berjalan lancar, kami akan mengeluarkannya sebelum Ramadan atau pada minggu pertama Ramadan," tambahnya.



Apakah yang perlu dititikberatkan anak muda apabila ingin menubuhkan band sendiri?



Flique berpesan:



"Pastikan mereka bertimbang rasa antara satu sama lain dan elakkan pertelingkahan dengan mengeratkan silaturahim.



"Jika ada kesilapan, mereka harus saling memberikan nasihat yang membina, bersikap rendah hati dan ikut resmi padi yang semakin berisi, semakin tunduk.



"Jangan berhenti berlatih, usah putus asa dan tidak perlu ikutkan suara negatif dalam hati.



"Walau apa pun, keluarga harus diutamakan. Amalkan juga sikap menyemai hati yang bersih, jujur dan benar dengan setiap tingkah laku di dalam dan di luar band dijaga rapi.



"Dengan itu, barulah band ini akan maju jaya seperti band Singapura yang masyhur sebelum ini."




"Saya memberikan nama Last Regiment buat band kami kerana mengingati Leftenan Adnan yang bertungkus-lumus berbakti demi bangsa dan tanah air.

Justeru itu, Last Regiment mencerminkan kesatuan dalam menuju kejayaan. Lantas, kami cuba usahakan mewakili suara masyarakat di dalam setiap lagu kami."

- Flique.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >