Topic followed successfully
Go to BHkuLatihan jasmani mudah mampu rangsang otak
Latihan jasmani mudah mampu rangsang otak
Latihan jasmani mudah mampu rangsang otak
SATU cara yang baik dalam merangsang otak seseorang semasa di tempat kerja ialah dengan melakukan satu senaman mudah yang tidak memerlukan banyak konsentrasi, menurut satu kajian kecil di Jepun.
"Kajian terkini itu menunjukkan bahawa senaman mudah lebih baik daripada senaman kognitif yang boleh memenatkan pada waktu kerja," kata penulis utama kajian itu, Dr Keita Kamijo, yang juga penolong profesor di fakulti sains sukan, Universiti Waseda, Tokyo, kepada Reuters Health.
Dr Kamijo dan penulis bersama laporan itu, Encik Ryuji Abe, melibatkan seramai 28 lelaki dan telah meminta mereka lakukan tugasan yang mencabar yang dikenali sebagai memori bekerja.
Memori bekerja merupakan satu amalan di mana orang ramai dibenar mengekal dan mengemas kini maklumat dalam otak mengenai perkara yang mereka lakukan seperti tugasan, sasaran dan strategi.
Para peserta kajian itu menjalani cabaran memori bekerja itu, 30 minit selepas tiga jadual ujian berbeza sepanjang tiga hari.
Jadual ujian kemudian diberi secara rambang dan berjalan selama 25 minit tiap satu.
Dalam satu ujian, kesemua responden hanya bersenam mudah di atas basikal tidak bergerak.
Dalam satu ujian berbeza, mereka lakukan tugasan kognitif sedang mereka duduk diatas basikal tetapi tidak ebrsenam.
Dan yang ketiga mereka lakukan kededuanya pada waktu yang sama, iaitu mereka bersenam di atas basikal itu dan melakukan tugasan kognitif sekali gus.
Kajian menunjukkan bahawa senaman aerobik mempunyai kesan bermanfaat yang pantas ke atas kemampuan seseorang itu merancang, memberi tumpuan, mengingati dan mengimbangi tugasan.
Para penyelidik menjangkakan pertambahan dari sudut ketepatan dan masa reaksi ke atas cabaran memori bekerja selepas kededua jadual di mana peserta bersenam atas basikal.
Kesan positif senaman sahaja lebih jelas selepas 30 minit mereka mengayuh basikal.
Namun mereka yang bersenam sambil melakukan tugasan itu sekali gus, menyebabkan kognitif mereka penat, menurut penyelidik seperti yang dilaporkan dalam jurnal Perubatan dan Sains dalam Sukan dan Senaman.
Dr Kamijo berkata kesan senaman akut ke atas fungsi kognitif tidak banyak berbeza antara jantina.
Profesor Madya Klinikal di Sekolah Perubatan Harvard di Boston, Dr John Ratey, memberitahu Reuters Health:
"Kita sudah lama tahu bahawa senaman memperbaiki memori bekerja.
"Tapi selanjutnya menunjukkan bahawa terlalu banyak senaman boleh memenatkan otak anda untuk seketika."
Untuk memperbaiki memori dan tempoh tumpuan dalam jangka masa singkat - tidak kira di tempat kerja atau sekolah - sebaiknya anda lakukan senaman yang tidak sukar akibat permintaan yang tinggi, kata Dr Ratey, yang tidak terlibat dalam kajian itu.

