Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Lebaran Kunjung Tiba' misi Sri Mahligai lestari muzik Melayu

Irama tradisional Melayu yang menyentuh sanubari dan menggegar sukma diabadikan dalam lagu-lagu Raya ciptaan beberapa anak Singapura. Dengan lagu ini disajikan, ada yang turut merebut peluang merapatkan silaturahim dengan rakan seni dari Indonesia yang berkongsi perjuangan serupa. BERITA MINGGU melaporkan usaha meraikan irama tradisional dalam lagu Lebaran.
Apr 16, 2023 | 05:30 AM



JANGAN hanya meminjam lagu Hari Raya artis lain tanpa usaha menjana lagu Lebaran sendiri.



Inilah antara sebab kumpulan irama tradisional Melayu di Singapura, Sri Mahligai, melancarkan lagu dan klip video Hari Raya, Lebaran Kunjung Tiba, di media sosial Jumaat lalu.



Lagu ini dicipta Nizarfauzie Norlie dengan Ariffin Abdullah yang menulis lirik dan bertindak selaku jurutera bunyian lagu ini.



Ia juga digunakan bagi kempen Hari Raya Taman Warisan Melayu (TWM).



Kempen ini mengetengahkan tarian ringkas yang menampilkan pelbagai reka bentuk kebaya, baik yang klasik seperti kebaya pendek dan kebaya kutu baru, mahupun yang moden seperti kebaya Saloma dan kebaya tunik.



Jurutarinya adalah Bada Hassan.



Berita Minggu menghubungi Ariffin selaku pengurus Sri Mahligai untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai projek musim perayaan ini.



Soalan (S): Apakah yang mendorong Sri Mahligai menghasilkan lagu 'Lebaran Kunjung Tiba' ini?



Ariffin: Kami sebagai sebuah kumpulan muzik sedar bahawa kami harus mempunyai lagu-lagu kami sendiri dan bukan hanya sekadar tahu memainkan lagu-lagu artis lain sahaja. Kesedaran ini yang mendorong kami menghasilkan lagu-lagu ciptaan asli kami.



S: Apakah pesanan di sebalik lagu ini?



Ariffin: Lagu ini mengisahkan tentang kehadiran Hari Raya Aidilfitri yang disambut dengan kesyukuran dan keinsafan setelah mengharungi dugaan di bulan Ramadan.



Di samping itu, lagu ini juga menganjurkan agar pada bulan mulia ini, kita dijauhkan daripada persengketaan di antara kita dan saling memaafkan.



S: Bagaimanakah jalinan bersama TWM dimeterai untuk kempen Hari Raya mereka?



Ariffin: Kebetulan kami berhubung dengan kakitangan TWM yang memaklumkan bahawa mereka sedang menghasilkan video tarian mengenai kebaya dan sedang mencari lagu Hari Raya yang sesuai untuk digunakan.



Kami justeru itu mencadangkan lagu terbaru kami. Setelah mendengar lagunya, pihak TWM pun bersetuju menggunakan versi instrumental Lebaran Kunjung Tiba tetapi hanya sepanjang seminit sahaja.



S: Apakah ini kali pertama Sri Mahligai menghasilkan lagu Raya?



Ariffin: Kami mula merakamkan lagu Raya pada 2020 semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19.



Pada masa itu, kami mempunyai kelapangan kerana semua projek tergendala akibat pandemik Covid-19. Lagu yang kami rakam semula adalah lagu Joget Hari Raya yang dipopularkan oleh Zaleha Hamid dan Herman Tino.



Video itu mendapat sambutan yang luar biasa. Lalu, kami susuli pula dengan rakaman lagu ciptaan kami sendiri yang bertajuk Dendang Sedunia pada 2022.



Sekali lagi, sambutan di Instagram dan Facebook amat menggalakkan. Berdasarkan pengalaman kami ini, kami lebih prihatin dengan lagu Hari Raya terbaru kali ini.



Ia siap dengan video dan juga disebarkan di platform digital seperti Spotify, iTunes dan YouTube, di samping dimuatnaik ke media sosial seperti Facebook dan Instagram.



S: Dengan adanya projek sebegini, bagaimanakah ia boleh dimanfaatkan masyarakat?



Ariffin: Sebagai sebuah kumpulan muzik Melayu, selain menganjurkan konsert, acara kesenian, persembahan di majlis walimah dan juga mengajar di sekolah-sekolah, kami rasa kami harus juga menerbitkan lagu kontemporari yang walaupun moden dan mengikut selera masa kini, tetapi jelas berpaksikan unsur tradisi dan rentak muzik Melayu.



Sedikit sebanyak projek seperti ini akan terus menambahkan khazanah dan pelestarian muzik etnik kontemporari Melayu di Singapura.



S: Apa yang Sri Mahligai pelajari daripada menghasilkan projek sebegini?



Ariffin: Kami banyak menghasilkan lagu kami sendiri sejak 2004 dengan penerbitan album berjudul Jati (2004) dan Mutiara (2005).



Hampir kesemua lagu kami merupakan lagu instrumental yang dicipta khusus untuk tarian Melayu.



Hanya pada 2020, baru kami mula menghasilkan lagu yang mempunyai nyanyian dan disasarkan untuk pendengar awam.



Dari situ, kami mula mengorak langkah ke arah menghasilkan lagu yang lebih cenderung ke arah lagu pop etnik.



Kami juga mula membina 'repertoire' muzik kami sendiri di platform digital seperti Spotify, iTunes dan Amazon dengan lagu yang sedia ada dan juga gubahan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >