Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebaran lebih bermakna buat Awie kerana enam anak beraya sama

Apr 12, 2024 | 05:00 PM



Kalau dapat berlebaran dengan semua anak-anak, pastinya terhibur hati seorang ayah atau ibu.

Itulah yang dapat dirasakan Datuk Awie dalam tempoh sembilan tahun.

Buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun, penyanyi, Datuk Awie meraikan Lebaran bersama enam anaknya daripada tiga perkahwinan.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 56 tahun, doanya untuk beraya dengan dua anak, Putra Ahmad Rezzki, 16 tahun, dan Putri Qasseh Antasha, 14 tahun, yang berada dalam jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun termakbul.

“Dalam tempoh sembilan tahun, ini kali pertama saya dapat beraya dengan semua anak-anak. Selalu setiap tahun apabila Raya saya akan keluar bercuti.

“Tetapi tahun ini (2024) istimewa, disebabkan semua anak-anak ada bersama. Jadi, saya akan duduk di rumah sahaja dan menunggu rakan-rakan dan saudara-mara datang beraya,” katanya yang ditemui laman web, Kosmo! Online, pada sidang media, Konsert Awie Journey, yang akan diadakan pada 3 Ogos di WTC Kuala Lumpur.


Menurut bintang filem, Hantu Kak Limah Balik Rumah itu lagi, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 35 tahun, yang mengusahakan pertemuannya bersama anak-anak.


“Syukur tahun ini (2024) saya dapat beraya dengan semua anak-anak. Ini adalah usaha yang dilakukan isteri saya. 

“Jadilah, dapat anak-anak dalam masa beberapa hari. Saya mahu belikan baju dan persiapan Raya mereka.

“Saya hanya sempat beraya seminggu sahaja, kemudian saya akan terbang ke Belanda untuk penggambaran filem,” kata Awie yang baru sahaja selesai penggambaran filem, Hantu Lompat Di Kampung Pisang.


Pada 2023, Awie buat kali pertama juga dapat bercuti bersama kesemua anak daripada tiga perkahwinan dalam satu kegiatan percutian selepas Hari Raya Aidiladha yang turut disertai isterinya, Sharifah Ladyana.

Menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi Arni Nazira, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putri Aleeya Antasha, 24 tahun, dan Putri Aleefa Antasha, 22 tahun, sebelum bercerai pada 2006.

Dalam perkahwinan keduanya bersama Rozana Misbun, Awie memiliki tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 16 tahun, dan Putri Qasseh Antasha 14 tahun. Mereka bercerai pada 2014.

Sementara itu, menerusi perkahwinan ketiganya bersama Sharifah Ladyana, Awie dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Ahmad Andeeka, tiga tahun, dan bakal menimang cahaya mata ketujuh kerana isterinya kini hamil lima bulan.

Moga musim Lebaran kali ini meriah buat Awie dan anak-anaknya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >