Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebaran pertama Elfee tanpa ayah

May 13, 2021 | 05:30 AM



SAYUP-SAYUP kedengaran gema takbir pada malam Raya semalam dan pagi Raya ini mencetus sekelumit rasa rindu dan syahdu buat penyanyi Elfee Ismail.



Ingatannya menerawang kepada ayahnya biduan legenda R. Ismail yang meninggal dunia pada 13 September tahun lalu.



Elfee, 39 tahun, juga kehilangan kembar tiganya yang dinanti-nanti kelahirannya sekitar bulan puasa 2017.



Banyak peristiwa dalam hidupnya dan isteri, Fauziah Mohamad, juga 39 tahun, yang disifatkan sebagai ujian memperkasa semangat mereka malah mengutuhkan mahligai yang dibina.



Justeru, kelahiran cahaya mata perempuan, Eshaal Falisha, yang kini berusia tiga tahun, ibarat permata hati yang dijaga bak menatang minyak yang penuh buat Elfee dan Fauziah.



Rasa sayu dan gembira datang silih berganti buat Elfee dalam meneruskan perjuangan hidup dan menyambut hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa, hari ini.



Dalam pertemuan sewaktu menjalani rakaman Sinar Lebaran di Mediacorp Campus, Elfee menjelaskan:



"Inilah tahun pertama saya menyambut Hari Raya tanpa ayah. Sebenarnya, memang agak berat dan sedih rasanya sebab saya merupakan anak bongsu yang paling rapat dengannya.



"Setiap bulan puasa, saya mesti ada di sisinya. Apabila dengar takbir Raya, saya rasa sayu. Saya akan ingat setiap Hari Raya, apabila saya datang berkunjung ke rumah ayah, saya akan cium pipi dan kakinya.



"Saya ingat detik-detik menghantarnya ke hospital tahun lalu. Dia masih sihat. Seminggu selepas itu, dia pergi meninggalkan kami.



"Ingat lagi kata-kata terakhirnya, berpesan kepada kami adik-beradik agar kekal rukun dan akrabkan lagi hubungan kekeluargaan. Jangan berpisah," tambahnya.



Elfee dan Fauziah menanti 12 tahun bagi menimang cahaya mata, satu tempoh yang panjang.



Kehadiran Eshaal, justeru itu, amat dinanti-nanti dengan Lebaran menjadi hari istimewa untuk diraikan bersama secara bertiga dengan baju kurung sedondon.



"Sememangnya, semasa isteri hamil kembar tiga selepas menjalani kaedah persemanian dalam rahim, kami memang dah tak sabar nak sambut berlima Lebaran.



"Apakan daya? Allah lebih menyayangi mereka. Kami terima dugaan itu dengan reda walau pada ketika itu dah macam-macam yang kami rancangkan," kongsinya.



Ketika kandungan isterinya berusia lima bulan, beliau mengalami pendarahan sehingga keguguran anak pertama daripada kembar tiga itu, bayi lelaki.



Uri-uri bayi pecah, hingga menyebabkan bakteria menular kepada bayi.



Dua minggu kemudian, ketika Elfee sedang melalui latihan bagi rakaman rancangan khas Sinar Lebaran 2017, beliau menerima berita kedua-dua puterinya sudah meninggal dunia di dalam kandungan.



Setiap kisah pahit itu terpahat dalam ingatannya dan isteri.



Perjuangan hidup bagaimanapun perlu diteruskan dengan Elfee terus berkarya dan meneruskan legasi ayahnya khususnya dalam dendangan lagu tradisional.



Sekitar enam bulan lalu, lagu H.A.K.I.K.A.T dihasilkannya dengan irama dikir barat yang dikomersialkan.



Ia merupakan ciptaan Zulkarnaen Abu Bakar (Jujul) dengan lirik hasil pena Nurfaizal Jaafar.



"Lagu sebegini mempunyai teras peringatan tentang kematian yang datang bila-bila masa sahaja. Ia diputarkan di radio sewaktu Subuh, sesuai dengan tema yang disampaikan.



"Kemudian, saya juga berkolaborasi dengan kumpulan LADA menerusi lagu rok Sara. Ia adalah lagu yang menempatkan saya sebagai penyanyi yang mampu menyanyikan pelbagai genre lagu, bukan tradisional sahaja," kongsinya.



Seiringan dengan suasana Lebaran, Sayup Sayup yang menggandingkan Elfee dengan Aqmal N juga boleh dinikmati sebagai sebahagian sajian album ulang tahun ke-35 kumpulan dikir barat Alang Ikan Duyung.



Lagu syahdu yang mendapat sambutan warganet dan pencinta dikir barat ini merupakan hasil karya bersama Hamid Osman dan Wak Rani dengan sentuhan muzik Mayuni Omar.



Anda boleh saksikan persembahan Elfee menyanyikan lagu Menjelang Hari Raya dan Seru Hari Lebaran (duet bersama Rahila Rashun) dalam program Sinar Lebaran di aplikasi meWatch.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >