Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ACARA

Lebih 200 gerai di pameran makanan halal hujung minggu ini

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



PAMERAN makanan Halal terbesar, Halal 2023: Food & Lifestyle, berlangsung hari ini sehingga Ahad nanti, bertempat di Singapore Expo.



Dianjurkan oleh syarikat urus acara setempat, MegaXpress International Pte Ltd, pengunjung dapat menikmati lebih 200 gerai dari dalam dan luar negara yang akan mempamerkan produk masing-masing.



Terdapat beraneka jenis makanan seperti kek, bahan masakan, rempah ratus, makanan beku dan kering, hidangan kesihatan dan banyak lagi. Sajian dari trak makanan pula menampilkan gerai-gerai tempatan, atau 'Flavours of Asia'.



Pengunjung juga boleh menjamu selera dengan hidangan Jepun, India, Cina, Arab dan lain-lain lagi.



Selain makanan, pameran Halal 2023 juga menjual barangan kecantikan, fesyen Muslimah, keperluan rumah, demonstrasi memasak, pertandingan, ceramah interaktif, cabutan bertuah serta hiburan.



Acara gah ini diserikan dengan kehadiran pendakwah terkenal seperti Ustaz Syamsul Debat dan asatizah lain, beberapa artis dan selebriti dari seberang seperti Dato' AC Mizal, Keith Foo, Fikry Ibrahim, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.



Artis tempatan seperti Roslan Shah, Shah Iskandar dan Sufi Rashid juga bakal beraksi di acara tersebut.



Menurut Pengurus Komunikasi Media dari MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, pameran Halal 2023 ini telah berlangsung sejak dua dekad yang lalu. Pihak syarikat terus memastikan lebih banyak lagi variasi hidangan serta makanan dan produk-produk jualan yang menarik dapat dipamerkan di acara tersebut.



Selain itu, syarikat itu juga ingin menonjolkan lebih ramai lagi peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (HBB) untuk memberi mereka pendedahan kepada pengunjung di pameran tersebut.



"Dalam acara Halal 2023 ini, pihak kami akan mempamerkan lebih banyak produk makanan dari Nusantara, dengan variasi yang menarik serta mendapat ramai vendor dari dalam dan luar negara.



"Selain itu, pameran ini juga ingin mewujudkan platform untuk usahawan tempatan yang baru, khususnya dari industri makanan dan minuman (F&B), untuk menjadikan pameran sebegini sebagai batu loncatan untuk mengembangkan lagi perniagaan makanan halal mereka kepada pelanggan setempat," kata Cik Reny.



Benefisiari untuk pameran Halal 2023 kali ini adalah Global Ehsan Relief, sebuah badan kemanusiaan setempat yang mempunyai pejabat berdaftar di dalam dan luar negara.



Acara Halal 2023 ini berlangsung dari hari ini hingga Ahad ini dan kemasukan adalah percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >