Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pameran karya sinematik dapat menyerlahkan pelbagai aspek kehidupan, sejarah dan perjuangan Palestin : Penganjur

Lebih 300 beri sokongan pada pelancaran Festival Filem Palestin S’pura

Jan 13, 2024 | 05:05 PM



Sekitar 340 pengunjung telah menghadiri hari pertama pelancaran Festival Filem Palestin Singapura pada 12 Januari.

Acara yang berlangsung hingga 21 Januari ini diadakan di The Projector, Cineleisure yang terletak di 8 Grange Road. Acara ini bakal menayangkan beberapa filem Palestin dalam usaha mengumpul dana untuk Gaza yang dikelolakan oleh Persatuan Palang Merah Singapura (SRCS).  

Turut hadir memberi sokongan ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Menurut Cik Idayu Chuni, 43 tahun salah seorang penganjur acara ini, selain tayangan filem, terdapat juga pasar lambak dengan reruai yang menjual pelbagai produk :

“Kami mempunyai vendor yang berbeza pada setiap tayangan dan mereka akan menyumbang sekurang-kurangnya 20 peratus daripada keuntungan mereka kepada benefisiari kami.

Kami mahu memberi peluang kepada rakyat Singapura untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan kepada rakyat Palestin. Ia dapat memupuk pemahaman budaya dan kesedaran tentang kehidupan yang dilalui oleh rakyat Palestin melalui medium perfileman. Pameran karya sinematik dapat menyerlahkan pelbagai aspek kehidupan, sejarah dan perjuangan Palestin.”

Orang ramai boleh membeli tiket berharga $30 bagi setiap sesi tayangan, yang akan menayangkan satu filem cereka dan filem pendek. Terdapat lima filem cereka yang tersenarai untuk tontonan iaitu Omar, 5 Broken Cameras, Wajib, The Tower dan When I Saw You – dan lima filem pendek yang turut ditayangkan iaitu Nightmare of Gaza, The Present, Ambience, Lovesick in the West Bank dan Today They Took My Son.


Para pengunjung juga dapat mengamati dan bergambar dengan tembok lukisan mural yang disiapkan di studio Fullhouse dan dibawa ke Cineleisure. Mural itu telah dihasilkan oleh pereka grafik dan pelukis tempatan, Anwar Rafiee, 43 tahun.

Mengenai lukisannya, Encik Anwar berkongsi dengan Berita Harian (BH) :


“Secara jujur, saya dapat kutip banyak ikhtibar daripada kekuatan orang Palestin, dan inilah menjadi inspirasi saya di balik pameran mural ini…”

Pihak penganjur berharap festival ini dapat melibatkan perbincangan bermakna tentang keadilan sosial, hak asasi manusia, dan kerumitan naratif Palestin.

“Kami berharap rakyat Singapura akan menunjukkan sokongan mereka terhadap usaha mengumpul dana ini, dengan harapan dana ini dapat memberikan masa depan kepada rakyat Palestin,” tambah Cik Idayu.

Festival Filem Palestin Singapura sedang berlangsung dari 12 hingga 21 Januari 2024 di The Projector, Cineleisure.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >