Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih faham masalah kesihatan setelah dikunjungi

HIDUP SEORANG DIRI: Cik Hamidah (kiri) hidup sendirian, justeru mengharapkan lawatan pengurus kes di bawah program Hospital Virtual, Cik Rujia, bagi memantau tahap kesihatan. - Foto IMAN ALIF
Jun 29, 2016 | 5:30 AM
Lebih faham masalah kesihatan setelah dikunjungi
HIDUP sendirian tanpa pasangan atau anak memang mencabar, apatah lagi jika individu tersebut mengalami masalah kesihatan. Itulah yang dialami Cik Hamidah Mohd Noor, 67 yang menghidapi masalah jantung, peparu dan kencing manis.
Beliau, yang tinggal sendirian di flat sewa satu bilik di Toa Payoh Lorong 1, juga mengalami masalah kaki lemah.