Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebih matang, peka tangani masa depan kerjaya Hady

Mar 08, 2020 | 05:30 AM



ADA peminat fanatik juara Gegar Vaganza 6 (GV6), Hady Mirza, yang mengirim pesanan kepadanya, seakan mendesak agar beliau mengisi penuh kalendar tahunan bintang itu.



Kerana terlalu prihatin dan ingin tahu jadual penuh kegiatan seni pelantun lagu Angkasa itu yang dikhuatirinya sepi tanpa berita, peminat berkenaan membuatkan pengurus Hady, Cik Haryani Othman, serba tak kena dan pening kepala melayannya.



Begitulah antara ragam peminat yang perlu ditangani Cik Haryani, 40 tahun, sejak bergelar pengurus kepada Idola Asia itu sekitar 2018.



Pada waktu itu, Hady yang menggantung mikrofon buat beberapa tahun bagi menumpukan perhatian kepada bidang niaga dan aktiviti belia ingin kembali kepada bidang nyanyian yang dirindui.



Awalnya, 'lamaran' Hady bagi Cik Haryani, seorang penggiat seni dan penganjur acara yang mengemudi syarikat Mak Besar Pte Ltd kini, bagaikan sukar diterima.



"Kami memang sudah lama mengenali tetapi bagi saya yang tiada pengalaman mengurus artis menjadi pengurus kegiatan seninya...aduhai, boleh ke saya termampu melakukannya? Layakkah saya?" ujar Cik Haryani, ketika dihubungi.



Namun, kepercayaan yang diberikan kepada Hady amat dihargai Cik Haryani yang kini turut mengurus beberapa bakat lain dalam bidang masakan, perniagaan mahupun deejay.



"Saya tumpang bangga apabila selangkah demi selangkah Hady menjadi penghibur yang lebih baik. Suaranya semakin lunak dan cara persembahannya kian interaktif.



"Selepas memenangi GV6, rezekinya dalam mengacara pula terbuka. Beliau yang menjadi hos peraduan realiti baru, Dansa Dan Sing menampakkan potensi yang menggalakkan. Tengok beliau sekarang, selamba sahaja melawak dalam beberapa persembahan, macam lawan 'tauke' atau pengacara aktiviti seni itu!"



Cik Haryani yang juga berbakat dalam bidang penulisan skrip juga melihat Hady sebagai individu lebih bersabar dalam mengharungi jerih payah bidang seni. Keramahannya dengan orang sekeliling juga lebih menyerlah berbanding personaliti pendiamnya dahulu.



"Sebagai pengurus, saya mahukan yang terbaik buat Hady. Saya juga semakin matang berurusan dengan orang sekeliling.



"Saya perlu lebih peka dengan perasaan mereka...jangan sampai ada yang tersinggung. Dalam hal peminat yang nakkan jadual penuh Hady sepanjang tahun kerana takut sangat idolanya itu terbiar tanpa tugasan, saya perlu jawab secara baik bahawa sebagai pengurus, saya hargai sokongannya tetapi tidak boleh mendedahkan jadual tahunan Hady kepada orang awam.



"Apabila dah lama mengurus beliau, saya juga sudah boleh baca siapa yang benar-benar ikhlas ingin bekerja dengan Hady atau sahaja-sahaja nak 'makan' beliau," ujarnya lagi.



Pastinya sewaktu Hady bertanding dalam GV6, Cik Haryani adalah antara yang stres dan berdebar-debar menonton dari kaca televisyen di Singapura atau di balik pentas Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



"Harapan saya Hady akan terus menebarkan sayapnya dalam bidang seni dengan dirinya memanfaatkan pencapaian dalam GV6 dan Dansa Dan Sing sebagai wadah agar terus berkarya dan membangun dunia hiburan sebagai bisnes jangka panjang. Hady miliki jenama sendiri. Saya tahu beliau berkebolehan besar dan disayangi ramai," kongsi Cik Haryani lagi.



Di sudut hati wanita ramah ini, beliau berharap di luar urusan bisnes seni, Hady dan isterinya Nurjannah Nur Wahid akan kekal menjadi sahabat baiknya yang saling memberi dorongan dalam kehidupan.




"Kami memang sudah lama mengenali tetapi bagi saya yang tiada pengalaman mengurus artis menjadi pengurus kegiatan seninya...aduhai, boleh ke saya termampu melakukannya? Layakkah saya?"
- Cik Haryani Othman, penggiat seni dan penganjur acara yang mengemudi syarikat Mak Besar Pte Ltd, ketika awalnya 'dilamar' menjadi pengurus penyanyi Hady Mirza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >