SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lega pulang bawa ilmu persembahan

Lega pulang bawa ilmu persembahan

Sep 27, 2022 | 5:30 AM

Lega pulang bawa ilmu persembahan

ROY KAPILLA: Mendapat markah paling rendah pada konsert GV9 minggu kedua kerana nyanyian yang tidak seiring dengan irama muzik.
ROY KAPILLA: Mendapat markah paling rendah pada konsert GV9 minggu kedua kerana nyanyian yang tidak seiring dengan irama muzik. -

PADA usia 54 tahun, bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Roy Kapilla, berasakan beliaulah yang paling berusia dan kurang bertenaga untuk meneruskan perjalanan dalam peraduan realiti itu.

Namun, Roy yang nama sebenarnya Saufi Abdullah, akur beliau banyak belajar daripada menyertai GV9 meskipun rezeki untuk lanjutkan perjuangan terhenti kelmarin.

Ini memandangkan beliau yang menyanyikan lagu kumpulan Eye, Izinkan Selamanya Namamu Di Hati, mendapat markah paling rendah dalam kalangan 13 peserta iaitu 53.2 peratus.

Ketua juri, Datuk Ramli MS, menganggap nyanyian Roy tidak seiring dengan irama muzik yang dimainkan.

"Saya banyak belajar di sini. Alhamdulillah saya sudah boleh balik. Walaupun singkat, banyak perkara yang kami pelajari. Terima kasih kepada semua keluarga besar GV9.

"Saya sudah pun buat yang terbaik dan berjuang, namun rezeki kami sampai di sini sahaja," ujar Roy di sidang media susuli tamatnya konsert minggu kedua kelmarin.

Beliau bersyukur dapat bertanding bersama nama besar lain walaupun untuk dua minggu sahaja.

Pada konsert minggu pertama, Roy berada di tangga keenam kerana berjaya memukau penonton dengan irama dikir barat, Dikir Rambung.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg