Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liam Hemsworth tuntut cerai dari Miley Cyrus

Aug 22, 2019 | 1:35 PM
TETAP MENJADI IBU BAPA BERDEDIKASI: Walaupun pelakon Liam Hemsworth telah menuntut cerai untuk membubarkan perkahwinannya dengan Miley Cyrus, dalam satu kenyataan, mereka berkata akan tetap menjadi ibu bapa yang berdedikasi kepada semua haiwan yang mereka kongsi bersama. -Foto AP.
TETAP MENJADI IBU BAPA BERDEDIKASI: Walaupun pelakon Liam Hemsworth telah menuntut cerai untuk membubarkan perkahwinannya dengan Miley Cyrus, dalam satu kenyataan, mereka berkata akan tetap menjadi ibu bapa yang berdedikasi kepada semua haiwan yang mereka kongsi bersama. -Foto AP. -

LOS ANGELES - PELAKON Liam Hemsworth sedang menuntut cerai dari Miley Cyrus selepas berkahwin selama tujuh bulan.

Pelakon Australia berusia 29 tahun itu telah memfailkan pembubaran perkahwinannya dengan bintang pop Amerika berusia 26 tahun itu di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Rabu (21 Ogos).

Liam, yang diwakili peguamnya, Cik Laura Wasser, yang juga terlibat dalam banyak penceraian bintang-bintang popular, memberi sebab perbezaan yang tidak dapat diperbaiki sebagai sebab penceraian.

Liam dan Miley merupakan pasangan selebriti yang sering putus dan kembali bersama selama sepuluh tahun, sebelum mereka berkahwin pada Disember lalu.

Mereka mengumumkan perpisahan mereka pada 10 Ogos.

Mereka tidak mempunyai anak tetapi berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan kekal sebagai "ibu bapa yang berdedikasi kepada semua haiwan yang mereka kongsi bersama." -Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg