SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lima fakta 'Guardians of the Galaxy Vol. 3'

Lima fakta 'Guardians of the Galaxy Vol. 3'

May 4, 2023 | 5:30 AM

Lima fakta 'Guardians of the Galaxy Vol. 3'

LEBIH BANYAK KUPASAN WATAK: Filem 'Guardians of The Galaxy Vol. 3' akan banyak meninjau sejarah dan asal usul watak serta emosi keliru yang menyelubungi jiwa beberapa watak. - Foto MARVEL STUDIOS
LEBIH BANYAK KUPASAN WATAK: Filem 'Guardians of The Galaxy Vol. 3' akan banyak meninjau sejarah dan asal usul watak serta emosi keliru yang menyelubungi jiwa beberapa watak. - Foto MARVEL STUDIOS -

ENAM tahun sudah berlalu sejak filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 diarah James Gunn.

Sungguhpun begitu, peminat filem Marvel sudah pun menyaksikan adiwira Guardians ini dalam filem-filem Avengers dan juga filem Thor dan program istimewa hari cuti arahan Gunn di aplikasi Disney+.

Sebelum anda ke pawagam untuk menonton Guardians of the Galaxy Vol. 3 minggu ini, terdapat lima perkara yang anda harus ingati atau amati, lapor laman Gizmodo.

TIADA THOR LAGI

Penonton filem menyaksikan kumpulan adiwira Guardians of the Galaxy ini di layar perak pada penghujung filem Avengers: Endgame.

Mereka sedang menuju ke angkasa lepas bersama Thor.

Kemudian mereka muncul dalam filem Thor: Love and Thunder tahun lalu. Tapi anda perlu akur bahawa Guardians dan Thor tidak lagi bersama dalam filem ketiga ini.

KEKELIRUAN WATAK PETER

Watak Peter tentunya keliru dan terguris hati apabila kehilangan kekasihnya Gamora. Apabila Gamora yang dicari-cari bukannya wanita yang dikenali sebelum ini, Peter semakin keliru. Dalam filem ketiga ini, Peter masih lagi diselubungi duka nestapa dan bingung mengenai segalanya.

DUA ANGGOTA BARU

Program hari cuti memperkenalkan dua anggota baru Guardians yang muncul dalam filem sebelum ini.

Salah seorang daripadanya adalah Kraglin, watak yang dibawa pelakon Sean Gunn.

Kraglin pernah dibimbing Ravager dan Yondu dan kini beralih misi bersama Guardians.

Watak kedua adalah anjing bernama Cosmo yang dihantar Russia ke angkasa lepas berdekad lamanya.

Watak Cosmo dengan suara pinjaman pelakon Maria Bakalova lebih bijak dan berkuasa kini.

PERKEMBANGAN DRAX

Watak Drax kehilangan keluarganya beberapa tahun lalu apabila isterinya Ovette dan anak perempuannya Kamaria dibunuh Ronan the Accuser di planet kediaman mereka, Kylos. Rona menjalankan tugasnya buat Thanos. Kemarahan Drax mengubahnya menjadi Drax the Destroyer. Dia ingin membalas dendam kepada Ronan secara langsung dan Thanos tanpa disedari individu itu.

ASAL USUL RAKUN BERNAMA ROCKET

Hingga ke hari ini, tiada yang tahu bagaimana rakun bernama Rocket yang berbual, berjalan dan bijak mengendalikan dirinya wujud dalam dunia Guardians.

Dalam filem ketiga ini, sejarah Rocket akan diselongkar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg