Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lima seluar yang harus anda miliki

Aug 12, 2024 | 1:52 PM
Seluar memainkan peranan penting dalam menghasilkan pakaian yang bergaya.
Seluar memainkan peranan penting dalam menghasilkan pakaian yang bergaya. - Foto PIXABAY

Seluar Jean Berpotongan Lurus

Jean berpotongan lurus daripada Levi’s menampilkan potongan yang serba boleh bagi setiap bentuk badan yang berbeza.
Jean berpotongan lurus daripada Levi’s menampilkan potongan yang serba boleh bagi setiap bentuk badan yang berbeza. - Foto LEVIS

Seluar jean dianggap sebagai keperluan pakaian fesyen yang sudah lama relevan.

Bersifat serba boleh, seluar jean mudah digayakan dengan pelbagai potongan baju untuk menghasilkan penampilan yang santai dan bergaya.

Meskipun trend jenis potongan seluar jean kian berubah mengikut cita rasa moden, seluar jean lurus tetap menjadi potongan jean kegemaran ramai.

Tidak kira zaman, potongan jean lurus merupakan pilihan klasik dan sesuai untuk setiap bentuk badan yang berbeza.

Seluar Linen

Seluar linen daripada H&M sesuai dipakai untuk cuaca panas di Singapura.
Seluar linen daripada H&M sesuai dipakai untuk cuaca panas di Singapura. - Foto H&M

Jika anda inginkan gaya yang lebih santai tanpa menjejaskan keselesaan, seluar linen adalah pilihan yang cukup sempurna.

Antara pilihan pakaian fesyen yang semakin popular adalah seluar linen, yang turut diminati ramai warga Singapura.

Kain linen yang tipis dan berangin menjadikan seluar linen pilihan yang praktikal bagi menghadapi cuaca Singapura yang begitu panas dan berbahang.

Selain itu, pakaian linen juga menyerlahkan gaya yang anggun dan elegan, sesuai untuk sebarang acara.

Seluar Formal

Seluar formal merupakan salah satu keperluan pakaian fesyen bagi mereka yang sudah bekerja.
Seluar formal merupakan salah satu keperluan pakaian fesyen bagi mereka yang sudah bekerja. - Foto UNIQLO

Bagi yang sudah menempuh alam pekerjaan, seluar formal pastinya antara pilihan barangan fesyen yang tidak asing lagi dalam almari pakaian anda.

Seluar formal selalunya direka untuk memudahkan pergerakan sepanjang hari semasa bekerja.

Dalam pada itu, ia juga membawakan gaya formal dan kemas, tanpa menjejaskan aspek keselesaan.

Seluar Kargo

Seluar kargo membuat kemunculan semula berikutan perkembangan terbaru trend ‘Y2K’.
Seluar kargo membuat kemunculan semula berikutan perkembangan terbaru trend ‘Y2K’. - Foto THE TINSEL RACK
Seluar kargo membuat kemunculan semula berikutan perkembangan terbaru trend ‘Y2K’.
Seluar kargo membuat kemunculan semula berikutan perkembangan terbaru trend ‘Y2K’. - Foto H&M

Pilihan seluar kargo merupakan antara pilihan yang paling ‘trendy’ dalam kalangan golongan Gen Z hari ini.

Gaya seluar kargo ini pernah popular pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Namun, mengikut perkembangan trend ‘Y2K’, seluar kargo kini mendapat tempat dalam gelombang fesyen moden.

Versi potongan yang lebar dan longgar kian menjadi tarikan ramai, terutamanya golongan muda, dalam memenuhi aspek keselesaan.

Seluar Berpotongan Lebar

Seluar berpotongan lebar memberi ilusi bahawa si pemakai kelihatan lebih tinggi.
Seluar berpotongan lebar memberi ilusi bahawa si pemakai kelihatan lebih tinggi. - Foto MANGO

Seluar berpotongan lebar memberikan sentuhan yang lebih elegan pada keseluruhan pakaian anda.

Potongan lebar yang direka di sepanjang paha dan betis mencipta penampilan yang lebih tinggi untuk pemakainya.

Oleh itu, ia adalah gaya yang sesuai untuk cita rasa yang berbeza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg