Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lima soalan...

Feb 25, 2020 | 05:30 AM



APABILA saya diberitahu saya hanya punya lima minit bagi mewawancara bintang antarabangsa asal Alor Setar, Kedah, Yuna, bagaikan lipas kudung saya dibuatnya.



Bilik dandanan di Kampus Mediacorp itu menjadi ruang kami bersembang ringkas sebelum Yuna membuat persembahan bagi rancangan sempena ulang tahun ke-20 Mediacorp Suria, Suria Elektra, baru-baru ini.



Yuna yang nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara'ai, 33 tahun, begitu ramah dan teruja melihat bakat muda Singapura menambah warna pada persada seni Singapura.



Apakah perasaan Yuna berada di Singapura pada 2020?



Saya sangat gembira kerana peminat Singapura sangat menyokong kerjaya saya.



Terharu juga kerana dapat meraikan ulang tahun ke-20 satu-satunya saluran televisyen Melayu di Singapura.



Maklumlah di Malaysia, kami banyak saluran Melayu.



Kebetulan, saya dan suami ada di Bangkok, Thailand.



Kami singgah ke sini bagi bertemu dengan orang Singapura yang baik hati.



Apakah pengertian lagu 'Forever More' buat diri Yuna?



Ia adalah lagu Inggeris dengan jiwa dan melodi Melayu.



Kami menjalani penggambaran klip video Forever More di Malaysia juga bagi mengekalkan suasana Asia Tenggaranya.



Lagu ini merakam rasa cinta saya terhadap desa kelahiran saya di Alor Setar, Kedah.



Saya ingin mengenalkan kampung saya ini kepada peminat saya di serata dunia sebagai tanda saya tidak pernah melupakan negeri asal-usul saya.



Apakah perancangan Yuna bagi 2020?



Saya ingin terus menjadi sumber inspirasi anakanak muda di Asia Tenggara agar bekerja keras mencapai impian bak 'langit tinggi'.



Saya mencari peluang baru berkarya dan mengusahakan kerja kreatif dalam bidang muzik, fesyen, filem dan perniagaan.



Melihat pada bakat muda di Singapura atau mana-mana, apakah pesanan Yuna?



Jangan jadikan apa jua dalam hidup anda sebagai halangan berkarya.



Jika anda berjiwa kreatif, teruskan. Saya pula menyokong bakat muda dengan pesanan agar mereka memperkukuh identiti diri sebelum menyertai pasaran muzik Nusantara atau dunia.



Kita harus bangga dengan identiti kita sebagai anak Melayu dan juga agama murni kita, Islam. 



Bagaimana Yuna lihat evolusi muzik masa kini apabila pemuzik seperti Billie Eilish menguasai Anugerah Grammy tahun ini?



Orang tidak sangka Billie boleh menang banyak tetapi tidak dapat dinafikan, beliau berbakat dan mendapat sokongan daripada abangnya Finneas, seorang penggubah dan penerbit lagu.



Begitulah rezeki.



Kalau cantik atau berbakat tetapi tak ada cetusan idea yang baik untuk dikembangkan pun tak ke mana.



Sekarang ini era di mana lagu kecoh dan 'catchy' seperti Dance Monkey (nyanyian Tones And I) 'meletup' di media sosial kerana kuasa warganet.



Ramai yang tanya bagaimana lagu Lil Nas X, Old Town Road, yang tular di aplikasi TikTok boleh menang Anugerah Grammy?



Muzik sebegini lebih menyerlah kerana ia sesuai dengan jiwa anak muda.



Saya pula lebih suka lagu ceria Sunflower dendangan Post Malone dan Swae Lee.



Ia runut bunyi filem Spider-Man: Into the Spider- Verse yang saya dan suami suka tonton kerana menghiburkan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >