LOS ANGELES: Lisa Marie Presley, pemuzik dan anak tunggal kepada legenda rock 'n' roll Elvis Presley, meninggal dunia kelmarin selepas dikejarkan ke hospital di kawasan Los Angeles, kata ibunya.

"Dengan berat hati saya terpaksa berkongsi berita dukacita bahawa anak perempuan saya yang cantik Lisa Marie telah meninggalkan kami," kata ibunya, Priscilla Presley, dalam satu kenyataan.