Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Liza Abdullah, Ani Mayuni antara artis M'sia pertahan isu beli hartanah

Syarikat pemaju hartanah tawar rumah nilai sehingga RM500,000 dengan wang pendahuluan RM10 kepada beberapa artis
Sep 22, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA artis di seberang tambak telah mempertahankan hak mereka untuk menerima tawaran membeli rumah dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM10 (sekitar $3) sahaja, berlatar kecaman yang dilontar ke arah urus niaga itu.



Baru-baru ini, beberapa artis, termasuk pelakon veteran Liza Abdullah dan penyanyi dangdut Ani Mayuni telah ditawarkan rumah dengan harga sedemikian oleh sebuah syarikat pemaju hartanah.



Antaranya, ada beberapa pihak yang berkata tawaran itu bak satu penipuan dan artis yang terlibat mudah terpedaya.



Namun, Liza Abdullah berkata beliau tidak faham mengapa isu pemilikan rumah bernilai RM10 diperbesar-besarkan, sedangkan penggiat seni tidak ditipu kerana belum menyerahkan sebarang dokumen kepada syarikat berkenaan.



Liza berkata beliau menghargai usaha aktivis luar ingin membela nasib golongan artis, namun jika benar ingin berjuang, lebih baik mencari jalan bagaimana membantu penggiat seni memiliki rumah.



"Setakat ini, saya tidak nampak sebarang unsur penipuan. Setakat RM10, kenapa boleh kata ia satu penipuan? Jika betul syarikat hartanah ini menipu, tolong kemukakan bukti."



"Jika sentuh soal rumah ini, saya berpegang pada prinsip rezeki. Bagi saya, semua ini Allah yang tentukan.



"Saya juga percaya kepada balasan Allah. Jika tiada rezeki untuk memperoleh rumah ini, saya reda," katanya kepada BH Online.



Tambah Liza, beliau dan beberapa rakan artis tidak ragu-ragu dengan syarikat hartanah itu kerana menghadiri sesi taklimat yang turut disertai dua peguam dengan pihak bank pada 2 Ogos lalu.



Katanya, mereka diberikan penerangan jelas mengenai prosedur memiliki rumah, sekali gus menyebabkannya yakin dengan keikhlasan syarikat hartanah berkenaan untuk membantu penggiat seni.



"Sebagai artis, prosedur untuk memiliki rumah bukanlah mudah, tambahan pula kami tiada slip gaji. Jadi, apabila ada pihak ingin membantu, tentulah saya dan rakan-rakan berbesar hati.



"Kami juga diberikan taklimat, bukannya hari ini bayar RM10, esok dapat rumah. Sebaliknya, kami perlu melalui proses seperti orang lain untuk mendapatkan rumah dengan pelbagai menyediakan dokumen dan sebagainya.



"Mengenai sejarah silam syarikat hartanah ini, saya tidak mahu sentuh. Bagi saya, itu kisah silam, mungkin ini masanya untuk menebus kesilapan," katanya.



Sama seperti Liza, penyanyi dangdut, Ani Mayuni, juga tidak faham kenapa usaha syarikat hartanah itu dipertikaikan, sedangkan mereka belum menyerahkan sebarang dokumen.



Katanya, dia tidak mahu gara-gara ada pihak yang cuba 'berlagak' hero, harapannya dan rakan-rakan artis untuk memiliki rumah sempurna tidak kesampaian.



"Saya tidak mahu disebabkan isu ini diperbesar-besarkan, syarikat hartanah yang sudi membantu penggiat seni memiliki rumah terpaksa menarik diri, sekali gus memusnahkan harapan kami memiliki rumah sendiri.



"Sebelum ini, tiada siapa sudi membantu kami, persatuan pun tak mahu tolong. Tetapi, bila ada skim seperti ini dituduh pula 'scammer', sedangkan kami tidak ditipu dan belum menyerahkan sebarang dokumen," kata Ani.



Ani berkata, dia belum menyerahkan apa-apa dokumen kerana masih mencari lokasi menarik untuk didiami.



Awal minggu ini, aktivis wanita, Mona Din, mengadakan sidang media menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan sebuah syarikat hartanah menawarkan kediaman bernilai sehingga RM500,000 secara percuma kepada penggiat seni, sama ada ia benar-benar tawaran tulen atau ada unsur penipuan.




"Saya tidak mahu disebabkan isu ini diperbesar-besarkan, syarikat hartanah yang sudi membantu penggiat seni memiliki rumah terpaksa menarik diri, sekali gus memusnahkan harapan kami memiliki rumah sendiri.

Sebelum ini, tiada siapa sudi membantu kami, persatuan pun tak mahu tolong. Tetapi, bila ada skim seperti ini dituduh pula 'scammer', sedangkan kami tidak ditipu dan belum menyerahkan sebarang dokumen."

- Ani Mayuni.



"Setakat ini, saya tidak nampak sebarang unsur penipuan. Setakat RM10, kenapa boleh kata ia satu penipuan? Jika betul syarikat hartanah ini menipu, tolong kemukakan bukti."

Jika sentuh soal rumah ini, saya berpegang pada prinsip rezeki. Bagi saya, semua ini Allah yang tentukan.

Saya juga percaya kepada balasan Allah. Jika tiada rezeki untuk memperoleh rumah ini, saya reda."

- Liza Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >