Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Liza Hanim demam, sakit dada di ambang konsert

Feb 04, 2024 | 05:31 AM



Ramai yang teruja ingin saksikan penyanyi bersuara emas, Liza Hanim, beraksi pada konsert sulung berskala besar, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Februari.


Apa yang merisaukan, Liza, atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 44 tahun, mengalami demam dan sakit dada sejak minggu lalu, hingga perlu berjumpa doktor dan mengambil ubat.

“Sakit dada ini tidak pernah terjadi kepada saya. Kalau ikut apa yang doktor cakap, ini berpunca daripada virus, tetapi tidak tahu jenisnya.

“Situasi ini membuatkan saya rasa lain. Namun, mahu atau tidak, saya kena teruskan dan anggap ini sebagai dugaan. Kesan yang saya alami adalah semput.

“Saya tidak pernah kena atau rasa gejala sebegini, ini sesuatu yang baru buat saya. Tetapi, saya bersyukur pasukan kerja dan guru vokal, Cikgu Shafie banyak membantu,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada sesi latihan menjelang Liza Hanim 27 Years Journey In Concert di Royal Studio, baru-baru ini.


Berikutan itu, Liza yang bakal mendendangkan lebih 30 lagu pada konsert itu, akan mengikut apa sahaja saranan doktor dengan harapan kesihatannya pulih sekurang-kurangnya 80 peratus.

“Apa yang saya kena buat sekarang adalah berjumpa doktor dan rehatkan suara. Selain itu, saya perlu ambil ubat-ubatan yang disarankan.

“Pada mulanya saya fikir sakit ini disebabkan Covid-19 atau influenza sebab badan sakit. Tetapi apabila buat pemeriksaan, bukan berpunca daripada itu.

“Saya fikir kesihatan saya sedikit sebanyak sudah mula baik, tetapi, kena ambil masa. Saya sangat berharap dapat pulih sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang konsert,” katanya.

Ibu kepada lima cahaya mata itu menambah, apa yang penting adalah detik pertemuan penuh bermakna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur.

Pada konsert anjuran LH Media Sdn Bhd dan Laugh Out Loud Entertainment itu, Liza bakal menyampaikan untaian lagu hit yang dipetik daripada tujuh album sejak bergelar anak seni.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd.


Didoakan Liza diberi kecekalan dan dimudahkan urusannya pada malam konsert, ya? Walau apa pun, seperti lagu My Heart Will Go On yang Liza pertaruhkan di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Disember 2023 – moga hati dan jiwa Liza terus bersemangat memberikan yang terbaik buat peminat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >