Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Liza Hanim, Sean Ghazi kenang P. Ramlee dalam konsert

Jul 07, 2023 | 01:38 PM



Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee, pernah menyatakan: “Muzik adalah nadi untuk sesebuah filem. Tanpa muzik, filem itu akan menjadi keras dan kaku. Bukan sahaja muzik yang mempunyai seni kata malah muzik latar juga memainkan peranan penting di dalam sesebuah filem.”

P. Ramlee telah meninggalkan kita dengan begitu banyak karya yang masih segar dan dihargai dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Karyanya dalam filem dan muzik bukan sahaja menyentuh jiwa bahkan kerap kali mengajak kita bergelak ketawa juga. 

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 P. Ramlee meninggalkan kita.

Justeru, mengenang tarikh 29 Mei 1973 di mana permata seni ini pergi buat selama-lamanya, penggiat seni Malaysia sibuk mengadakan acara untuk memperingati beliau.

Antara yang dirancang termasuk satu persembahan konsert muzikal sejak Jumaat dan berlarutan hingga Sabtu.

Ia menampilkan penyanyi lelaki yang dianggap ‘crooner’ (mampu menyanyi dengan nada rendah yang membuai jiwa), Sean Ghazi dan ‘powerhouse’ Liza Hanim.

Konsert berunsur teater ini bertajuk Konsert P. Ramlee Signature A Minor 7 dan dipentaskan di PJ Pac di 1 Utama.


Sean dan Liza pernah berganding bahu dalam pementasan muzikal P. Ramlee –The Musical… Hidup, Cinta dan Inspirasi (Musim Pertama) pada 2007 dan menggalas amanah sebagai P. Ramlee dan Saloma.


Mereka memang teruja bekerjasama lagi dalam konsert terbaru ini.

“Saya akan menyanyikan beberapa lagu dalam muzikal ini yang belum saya nyanyikan dalam album lalu ataupun di pentas,” kata Liza pada sidang akhbar di PJ Pac yang Berita Harian hadiri.


“Untuk terlibat dalam konsert ini sebenarnya satu penghormatan yang besar dan saya sangat teruja. Karya-karya Tan Sri P. Ramlee sangat dekat dengan kita semua.

“Saya sendiri mula belajar menyanyi melalui lagu-lagu beliau dan ketika saya berusia 18 tahun, saya telah merakamkan lagu-lagunya dalam sebuah album,” tambah Liza.

Sean yang sering diundang bagi menyanyikan lagu-lagu legenda itu berkata:

“Semua orang tahu saya seorang peminat tegar Tan Sri P. Ramlee dan apa sahaja usaha untuk menghidupkan legasinya, saya akan beri sokongan.”

Beliau juga memuji teman duetnya, Liza, yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang bersuara lunak dan menurutnya “semakin lama semakin merdu suaranya”.

Persembahan selama 75 minit itu disajikan selama dua malam dengan 12 lagu filem P. Ramlee yang memenangi anugerah serantau mahupun antarabangsa antara 1953 dengan 1965 akan dipersembahkan.

Itulah tempoh kemuncak kerjaya seni Allahyarham di Singapura.

Lagu-lagu itu disusun semula oleh maestro Aubrey Suwito dengan nuansa yang baru tanpa menghilangkan keaslian jiwa karya P. Ramlee.

Antara lagu di dalam konsert itu yang pasti mengajak penonton menyanyi bersama ialah, Ingin Tahu, Berkorban Apa Saja, Engkau Laksana Bulan, Malam Bulan Dipagar Bintang, Gelora dan Madu Tiga.


Konsert itu akan menjadi penerus legasi karya P. Ramlee, di samping menjadi inspirasi kepada generasi baru dalam berkarya terutama dalam kesenian muzik dan filem.

Sumbangan P. Ramlee kepada industri hiburan menerusi karya beliau kini dianggap sebagai sesuatu yang agung dan mempunyai sentuhan budaya.

Selain itu, konsert tersebut juga dapat menjadi rujukan dalam bentuk digital untuk pelajar dan pengkaji dalam bidang muzik khususnya.

“Saya sangat menghormati dan mengagumi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, terutamanya di atas sumbangan dan pencapaian luar biasa dalam bidang muzik.

“Semasa remaja, saya meluangkan masa malam Jumaat selama bertahun-tahun dengan memasuki ke alam filem P. Ramlee yang indah.

“Rangkaian muzik ciptaannya yang luar biasa telah memberi inspirasi dan impak yang besar terhadap muzik saya hari ini.

“Legasi P. Ramlee terus menjadi sumber inspirasi kepada ramai pihak dan sudah pasti, ia meninggalkan kesan yang tidak akan dilupakan oleh persada muzik Malaysia,” kata pengarah muzik Konsert P. Ramlee Signature A Minor 7, Aubrey Suwito.


Konsert P. Ramlee Signature A Minor 7 akan dipersembahkan di Stage 1, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, pada 8 Julai 2023, bermula 8.30 malam.


Lungsuri www.onetix.com.my untuk pembelian tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >