Premium
Lukisan jalanan papar protes putus cinta
Jan 18, 2018 | 5:30 AM

SENI PAPAR HARU BIRU BERCINTA: Encik Farizwan Fajari (Speak Cryptic) terharu dapat terlibat dalam pameran seni jalanan bertaraf antarabangsa Art from The Streets dengan mengupas kisah remuk redam protes seseorang yang patah hati. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
JIKA sesetengah pelukis seni jalanan menyisipkan pesanan politik pada lukisan mereka, Encik Farizwan Fajari atau lebih mesra dengan panggilan Speak Cryptic pula lebih selesa dengan tema kehidupan seharian.
Apabila dipelawa menyertai barisan pelukis seni jalanan antarabangsa dalam pameran Art from The Streets di Muzium ArtScience, Marina Bay Sands, keinginannya adalah untuk merakam zaman muda belia di beberapa lokasi 'lepak' bersama teman seiring jalan.

