Topic followed successfully
Go to BHkuLukisan lambang kesihatan
Premium
Lukisan lambang kesihatan
Sep 15, 2015 | 5:30 AM
Lukisan lambang kesihatan

LUKISAN ALAM PEMBANGKIT SEMANGAT: Encik Abu Jalal Sarimon memalit lukisan mesra alam yang turut disisipkan dengan cap jari, pesanan dan coretan lebih 4,000 kakitangan SingHealth, sebagai lambang landskap jagaan kesihatan di Singapura. - Foto JOHARI RAHMAT -
SEKILAS menatap lukisan akrilik raksasa Encik Abu Jalal Sarimon yang berukuran sekitar 9.2 meter, sejuk mata memandang dek paparan alam semestanya.
Bagaimanapun, jika diamati karya yang kini terpampang di bangunan Academia, Hospital Besar Singapura (SGH), wujud lebih 4,000 cap jari kakitangan kelompok jagaan kesihatan SingHealth, yang diabadikan dalam lukisan ini.
