Apabila bidang pengkhususan dalam ijazah yang dimiliki tidak secocok dengan pekerjaan yang akhirnya dijalankan, ia tidak bererti lulusan universiti ini menjalankan kerja sesia yang tidak membawa sebarang ganjaran. Sesetengah anak muda yang ditemui GAH! malah lebih senang keluar daripada zon selesa tanpa mengetepikan matlamat kerjaya mereka. Kehidupan lebih bermutu dapat dijalani dengan melakukan tugas yang disukai atau menguji potensi sebenar mereka. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) dan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) melaporkan.

CITA-CITA zaman kanak-kanak dan remaja Cik Nur Dian Mohd Rasid adalah menjadi akauntan.