Topik diikuti
Pergi ke BHkuMadonna rai penceburan dalam dunia hiburan lebih 40 tahun dengan siri jelajah konsert baru

PENGHORMATAN KEPADA NEW YORK: Penganjur konsert berkata 'Madonna: The Celebration Tour' akan membawa peminat melusuri "perjalanan artistiknya melalui empat dekad dan memberi penghormatan kepada bandar New York di mana kerjayanya dalam muzik bermula". - Foto REUTER -
Jan 25, 2023 | 5:30 AM
LONDON: Primadona muzik Barat, Madonna, akan memulakan siri jelajah konsert baru pada musim panas ini bagi meraikan lebih 40 tahun penceburannya dalam dunia hiburan.
Penganjur konsert berkata Madonna: The Celebration Tour akan membawa peminat melusuri "perjalanan artistiknya melalui empat dekad dan memberi penghormatan kepada bandar New York di mana kerjayanya dalam muzik bermula".
