Premium
Madonna: Usah hukum ikon pop usia senja
Jun 25, 2019 | 5:30 AM
TIDAK TANDUS KREATIVITI: Madonna masih terus ligat menghiburkan peminat malah meluap-luap ideanya tatkala melancarkan album studio ke-14, Madame X, baru-baru ini. - Foto REUTERS -
LAGU-LAGU malar segar diva pop antarabangsa Madonna seperti Material Girl, True Blue, La Isla Bonita, This Used To Be My Playground dan You'll See kekal sebagai nostalgia zaman muda atau tempoh persekolahan peminatnya.
Pada usia 60 tahun, Ratu Pop yang nama sebenarnya, Madonna Louise Cicccone, masih kekal bertenaga bagi menjana album studio ke-14 beliau, Madame X.

