Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Main piano bantu asah keperibadian si cilik

Aug 20, 2025 | 7:37 PM
ashley feroz, piano, muzik, kanak-kanak, perkembangan muzik
Encik Feroz Akbar dan Cik Farizah Fawzy perasan bakat muzik yang ada dalam diri anak tunggal mereka, Ashley Feroz sejak dia berusia tiga tahun setengah. - Foto ihsan FARIZAH FAWZY

Pada usia sekitar tiga tahun setengah, Ashley Feroz, 10 tahun, telah menunjukkan minat dalam muzik – bergendang mengikut rentak meskipun pertuturannya tidak jelas.

Ibu bapa Ashley kemudian cuba mendaftarkannya ke kelas piano tetapi dikatakan oleh guru di situ, Ashley masih terlalu muda. 

Apabila Ashley mencecah usia enam tahun, barulah beliau diterima masuk ke kelas muzik dan di situlah perjalanan seni Ashley dalam piano bermula. 

Mengimbas kembali, ibu Ashley, Cik Farizah Fawzy, 42 tahun, pengarah operasi di syarikat swasta menceritakan: “Sementara menanti Ashley diterima masuk ke kelas piano, kami menghantar Ashley ke kelas dram dahulu semasa dia berusia empat tahun.” 

“Dari kecil kami sudah lihat Ashley menunjukkan minat dalam muzik. 

“Dia suka ‘pukul-pukul’ barang di sekelilingnya mengikut rentak. 

“Satu lagi, Ashley tidak suka bermain dengan anak patung. 

“Dia hanya bermain dengan alat muzik atau ‘puzzles’ sahaja. 

“Daripada situ saya dan suami bercadang untuk terus memupuk minat dan bakatnya dalam bidang muzik,” kata Cik Farizah.

Berkat daripada bermain muzik, Cik Farizah tidak menafikan ia banyak membantu Ashley dalam mencorak keperibadian yang murni dalam diri anak tunggalnya itu.

“Ashley membesar menjadi seorang yang cekal dalam menghadapi setiap cabaran dan peka terhadap emosi orang di sekelilingnya.

“Saya percaya keperibadian Ashley membuatnya terpilih menjadi ketua kegiatan kokurikulumnya (CCA) serta dilantik sebagai Pemimpin Sokongan Rakan Sebaya di sekolahnya,” ujar Cik Farizah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg