Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Mak bapak pengantin' Pesta Raya kembali sibuk

Pasukan penganjur festival musiman tidak sabar lihat orang ramai berkampung di Esplanade Semasa musim Lebaran, merekalah golongan yang paling sibuk dan disifatkan sebagai 'bapak pengantin' dan 'mak pengantin' yang terkejar-kejar kerana acara yang bakal disajikan untuk orang awam. BERITA HARIAN melaporkan kisah 'mak bapak pengantin' bagi acara kebudayaan dan kesenian Melayu, Pesta Raya di Esplanade serta 'mak bapak pengantin' dari penganjur acara Raya, MakMok Productions, yang sibuk hujung minggu ini.
May 15, 2023 | 05:30 AM



DI kala segala perancangan untuk menganjurkan Pesta Raya bagi santapan mata dan halwa telinga ramai sudah dibuat dan ditetapkan, program yang dirancang perlu diubah menjadi acara dalam talian.



Itulah antara perkara genting dan kesulitan saat akhir yang pernah penerbit The Esplanade Co.Ltd, Cik Hanie Nadia Hamzah, dan pasukannya harungi semasa pandemik selaku 'mak dan bapak pengantin' Pesta Raya anjuran tahunan pusat seni Esplanade - Teater Di Persisiran.



Tahun ini merupakan edisi ke-22 pesta yang memaparkan kesenian dan budaya Melayu di Nusantara ini diadakan buat penonton yang menantikan sajian hiburan.



Pesta Raya yang antara lain menyajikan konsert keroncong, pementasan teater, konsert Dayang Nurfaizah dan penerokaan budaya Orang Laut dan Orang Pulau akan berlangsung dari Khamis hingga Ahad ini.



Cik Hanie yang menyertai Esplanade pada 2014 pula menyelaras Pesta Raya beliau yang kesembilan.



Sewaktu ditemui Berita Harian, Cik Hanie cukup emosi memikirkan tentang evolusi pesta itu dan bermacam pengalaman yang mendewasakannya sebagai penerbit acara.



"Sejujurnya ketika saya baru menyertai Esplanade, saya tidak pasti apa yang penonton mahukan dan suka dalam sebuah program Pesta Raya.



"Saya pula menyertai pusat seni ini pada bulan Pesta Raya diadakan. Sebelum ini, saya pernah menjadi penonton atau menjana karya atau program untuk festival ini.



"Saya perlu mengamati dan menentukan sendiri apa yang baik untuk diketengahkan. Mujurlah saya mempunyai rakan-rakan yang boleh sama-sama memikirkan idea terbaik untuk pesta ini.



"Saya tidak boleh ikut gerak hati saya sahaja... nak itu dan ini. Kita perlukan suara ramai dan perlu ada kerencaman program," katanya lagi.



Tahun demi tahun, Cik Hanie belajar tentang perkara penting dalam sektor seni iaitu untuk menyokong bakat setempat dan membantu mereka mempertingkatkan kesenian mereka pada tahap yang berbeza.



Ini sejajar dengan usaha mengenalkan bakat serantau untuk sama-sama memenuhi cita rasa pengamat seni dan hiburan.



"Akan ada orang yang terfikir Pesta Raya dah lama diadakan. Masihkah ia mampu menarik minat ramai?



"Kami juga ingin pastikan wujud sesuatu yang baru buat generasi muda. Bagaimana pesta sebegini kekal relevan dengan ia menjadi wadah untuk anak seni merealisasikan impian mereka? Semua ini perlu saya dan rakan-rakan fikirkan secara terperinci," tambah Cik Hanie.



Beliau memberi contoh bagaimana pengisi kandungan dalam talian seperti mantan deejay KC diberi peluang untuk memperluas program Malam Seram untuk penonton daripada pelbagai peringkat usia.



"Generasi muda perlukan program yang disisipkan dengan misi atau gerakan sosial yang mereka boleh perjuangkan.



"Seberapa boleh, kami inginkan Pesta Raya dijadikan seperti Rumah Terbuka terakhir pada bulan Syawal untuk keluarga hadiri," ujarnya.



Apabila pandemik mengubah segalanya, Cik Hanie rindukan wajah ceria hadirin yang datang lengkap dengan baju kurung.



"Saya harap apa yang kami sajikan akan memberi keceriaan buat hadirin di samping menyelami budaya, bahasa dan nilai Melayu dalam berhibur," katanya.




"Akan ada orang yang terfikir Pesta Raya dah lama diadakan. Masihkah ia mampu menarik minat ramai? "Kami juga ingin pastikan wujud sesuatu yang baru buat generasi muda. Bagaimana pesta sebegini kekal relevan dengan ia menjadi wadah untuk anak seni merealisasikan impian mereka? Semua ini perlu saya dan rakan-rakan fikirkan secara terperinci."



- Cik Hanie Nadia Hamzah, penerbit The Esplanade Co.Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >