Premium
'Mak pengantin' muda... namun berinovatif, kreatif
Apr 26, 2019 | 5:30 AM
GAGAHI CABARAN INDUSTRI PERKAHWINAN: Cik Ainur Rosyieqa tidak menjadikan usia muda sebagai penghalang bergelar perancang perkahwinan yang sentiasa dahagakan idea kreatif. - Foto BH oleh KHIDHIR ASYRAF MAHBOB -
Golongan milenial berdepan dengan dunia baru yang lebih mencabar dan menuntut mereka berjiwa kental setelah tamat pengajian universiti. Dua lulusan yang baru menutup tirai pengajian mereka di institusi seni atau layanan tamu, berkongsi kisah mereka yang memilih untuk menceburi kerjaya idaman di luar zon keselesaan. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
IBARAT 'mak pengantin' yang sibuk merancang majlis kahwin anaknya, Cik Ainur Rosyieqa Mohamad Anuar, gigih sarankan kepada pasangan muda hampir sebaya dengannya agar bijak merancang bajet mereka.

