Topik diikuti
Pergi ke BHku'Mak Temah' tukar arah kepada pementasan kupas isu agama
Premium
'Mak Temah' tukar arah kepada pementasan kupas isu agama
Jun 30, 2022 | 5:30 AM
'Mak Temah' tukar arah kepada pementasan kupas isu agama

IMPIAN JADI KENYATAAN: Untuk lebih dua tahun, Zuhairi Idris (kiri) dan Ustaz Fadhly Rosli berinteraksi menerusi IG Live, akhirnya para penggemar dapat menyaksikan gelagat mereka bersama di atas pentas. - Foto YU KING POH -
SEBELUM ini beliau dikenali dengan watak 'Mak Temah' menerusi segmen-segmen komedi "Bonda Bedah Mak Temah" yang disiarkan di laman sosial dan pentas-pentas komedi, tetapi kini Zuhairi Idris melebarkan lagi sayapnya dan meneroka genre yang berbeza.
Zuhairi yang sering kali muncul bersama Hafidz Rahman dalam pementasan pentas, mempunyai kerjaya sebagai seorang guru, tetapi berminat membuat kerja-kerja penerbitan, baik di wadah digital juga di pentas teater.
