Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Makin berumur Liza Abdullah makin 'laku'

Aug 03, 2022 | 06:27 AM



WATAK Mak Leha dalam naskhah fenomena 7 Hari Mencintaiku yang melekat dengan namanya sejak enam tahun lalu ternyata memberi penangan kuat terhadap karier dramatis senior Liza Abdullah.



Penerimaan dan kesanggupan karyawan menunggu kekosongan waktu, selain menambah karakter baru semata-mata namanya turut tersenarai dalam sesebuah produksi mereka tidak membuatkannya letak harga.



"Saya terharu. Pada usia menghampiri 60-an tahun ini masih ada penerbit sanggup menunggu kekosongan jadual dan sengaja cipta karakter baru semata-mata mahu saya terbabit dalam penerbitan mereka.



"Nyata impak 7 Hari Mencintaiku cukup kuat. Bukan kaut semua atau tamak, sebaliknya saya susah berkata 'tidak' kerana enggan mengecewakan sesiapa. Jika mampu buat, saya 'jalan' saja.



"Apa pun, penerimaan berterusan ini tidak akan membuatkan saya demanding atau memilih watak. Saya masih Liza Abdullah yang dahulu," katanya kepada laman Kosmo! Online.



Tidak hairan Liza, yang nama penuhnya Norliza Abdullah, 58 tahun, tidak sekadar terbabit dengan drama radio atau teater malah sedia menghadiri jemputan ke sebarang majlis asalkan tidak bertembung jadual penggambaran.



"Sejujurnya saya tidak kisah pun berlakon dalam drama radio atau teater walaupun bayaran mungkin tidak setinggi drama. Semua itu masih dalam lingkungan kerjaya saya, jadi kenapa tolak andai turut memberikan pengalaman berbeza



"Baru-baru ini saya mencabar diri menerima tawaran berlakon dalam penerbitan teater Dara & Mak Cik Bawang yang cukup menyeronokkan kerana saya dapat menggali ilmu baru.



"Berlakon teater ada disiplin tertentu nyata memberi cabaran tersendiri. Teater bukan seperti penggambaran untuk produksi televisyen atau layar perak yang boleh diulang rakam.



"Siapa tahu pementasan yang dikendalikan dua tokoh terkenal, Dr Rusminah Tahir dan Siti Rohayah Attan, itu menjadi pembabitan terakhir saya di pentas teater? Itu yang saya maklumkan pada rakan seperjuangan, Datuk Ziela Jalil," luahnya.



Ibu lima cahaya mata itu pernah merancang memperlahankan rentak untuk mengisi ruang bersama keluarga, namun buat waktu ini hasrat itu ditangguhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >