Topic followed successfully
Go to BHkuMalek gembira siri TV tambat minat serata dunia
Premium
Malek gembira siri TV tambat minat serata dunia
Pelakon dilaporkan hadapi kesukaran tangani populariti
Jan 9, 2017 | 5:30 AM
Malek gembira siri TV tambat minat serata dunia
TERUJA DENGAN POPULARITI: Rami Malek dikatakan amat teruja dengan populariti drama bersiri Mr Robot yang mendapat perhatian sehingga ke Serbia. - Foto REUTERS -
RAMI Malek, aktor berkaliber yang memainkan watak Elliot Anderson dalam siri drama televisyen Amerika berjudul Mr Robot, berkata beliau amat bangga dengan rancangan tersebut dan keupayaan pereka drama itu, Sam Esmail, menarik minat ramai penonton dari serata dunia.
Malek, yang baru sahaja selesai menjalani satu penggambaran di Serbia, tidak tahu betapa popularnya siri Mr Robot sehinggalah beliau bertemu dengan beberapa peminat di negara itu yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai siri televisyen itu.

