Meskipun dilahirkan dalam keluarga seni, mereka tidak sedikit pun menganggap ia sebagai laluan pintas mengecapi kejayaan dalam bidang muzik. Anak pasangan suami isteri Jufri Salim dan Surayah Akbar yang menggerakkan kumpulan Kraton serta cucu legenda filem Melayu, A. Rahim, malah berusaha gigih mencipta nama mereka sendiri dalam persada hiburan Singapura. BERITA HARIAN melaporkan kisah mereka yang baru-baru ini menghasilkan lagu-lagu sanjungan buat orang tercinta - ibu dan nenek - yang menjadi sumber inspirasi.
HANYA kerana ibu bapanya merupakan penggerak band Kraton dan memiliki syarikat penerbitan muzik sendiri, terdapat sesetengah teman Rahmat Damansari yang menyangsikan keupayaan sebenarnya menguasai pasaran muzik.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg