Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mamat Exists diberkas atas tuduhan dadah

Sep 9, 2019 | 7:15 PM
DITAHAN POLIS: Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat, ditahan polis pada Ahad (8 September) selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu. -Foto Berita Harian Online.
DITAHAN POLIS: Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat, ditahan polis pada Ahad (8 September) selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu. -Foto Berita Harian Online. -

BEKAS vokalis kumpulan pop/rock popular 90-an, Exists, Mohd Ali Kamarudin, atau lebih dikenali sebagai Mamat, ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru, pada malam Ahad (8 September).

Menurut laporan MyMetro, penyanyi itu, 41 tahun, ditahan bersama seorang rakan lelaki berikutan penemuan satu paket dadah dalam dompet penyanyi itu.

Penahanan kededua mereka pada 11.30 malam itu dilakukan selepas mereka didapati dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 di kawasan terbabit.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka berdua positif dadah.

Penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects, terkejut dengan penangkapan Mamat.

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Encik Shirazdeen Karim berkata, secara peribadi, berita itu amat menyedihkan dan mengejutkan.

"Lebih-lebih lagi menjelang konsert Reunion Exists yang akan berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (9 September).

Menjawab persoalan yang diajukan kepada beliau mengenai status konsert tersebut, Encik Shirazdeen berkata: "Setakat ini, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa, dan kami serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya." -Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg