KUALA LUMPUR: Penyanyi Mamat Exists menepis persepsi tahap kesihatannya semakin merosot susulan video kelihatan kurus dan cengkung ketika di sebuah kedai makan di Johor Bahru tular, baru-baru ini.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 45 tahun, berkata video yang tular itu adalah kandungan lama dan dimuat naik dalam media sosial sekitar sebulan lalu.