Topik diikuti
Pergi ke BHkuMantan guru, pelajar 'kuasai' peraduan ratu inspirasi
Mantan guru, pelajar 'kuasai' peraduan ratu inspirasi
Mantan guru, pelajar 'kuasai' peraduan ratu inspirasi
'KELUARGA RATU': Naib juara 'Mrs Singapore Malays International 2016', Cik Noorhafizah Udin (kiri), teruja dapat meraih inspirasi daripada mantan gurunya, Cik Seriwati Salim (kanan), yang dinobatkan sebagai juara 'Mrs Singapore Malays International 2016'. Bersama mereka ialah 'Miss Singapore Malays International 2016', Cik Nuraisha Mohamed Zaini (dua dari kiri) dan 'Mrs Singapore Malays International 2015', Cik Linda Maarof. - Foto SAM BARRY/RAYN GALERIA -
Apr 23, 2016 | 5:30 AM
CIK Noorhafizah Udin mengingati Cik Seriwati Salim sebagai guru ekonomi rumah tangganya yang cantik, penuh motivasi dan suka membantu.
Tidak beliau menduga memori indah yang terpahat pada ingatan sewaktu di Sekolah Menengah Fuchun lebih sedekad lalu itu kini kembali semula apabila mereka berkongsi pentas - kali ini sebagai finalis peraduan peragaan Mrs Singapore Malays International 2016.
