Pendedahan awal dan berlebihan kepada skrin boleh menjejas perkembangan kognitif kanak-kanak, khususnya bahagian korteks prefrontal otak yang penting untuk mengawal tumpuan, dorongan, emosi dan membuat keputusan.

Perunding Bersekutu di jabatan pembangunan kanak-kanak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Dr Ngiam Xin Ying, memberi amaran bahawa tabiat itu boleh melemahkan keupayaan kanak-kanak untuk memberi perhatian dalam jangka panjang, mengawal tingkah laku, dan belajar dengan berkesan.