Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Masih solo? Tak apa... 2024 tahun ‘self-love’ buat si bujang utamakan diri

Dec 05, 2023 | 05:30 AM



Lebih separuh (56 peratus) wanita yang ditinjau di Singapura berkata mereka kini lebih terbuka berkenalan atau dating dengan seseorang yang lebih muda daripada mereka, menurut tinjauan oleh aplikasi cari jodoh, Bumble.


Mereka yang aktif melibatkan diri dengan hal politik dan sosial adalah lebih menarik, menurut 25 peratus pengguna Bumble di seluruh dunia.

Ini adalah antara penemuan Bumble daripada lebih 25,000 individu bujang yang menggunakan aplikasi tersebut di Singapura dan di seluruh dunia dalam mengenal pasti dan menentukan trend dating serta hubungan romantik pada 2024.

Aplikasi Bumble yang terkemuka dalam kalangan masyarakat terutama golongan belia, berbeza daripada aplikasi cari jodoh yang lain.


Ia mengutamakan kaum wanita dalam membuat keputusan dan mengambil langkah pertama dalam dunia dating.


Pada 2023, ia menyaksikan trend seperti Wanderlove yang menyerlahkan cinta yang ditemui semasa melancong, dan Casting terbuka yang menggalakkan dating dengan seseorang yang bukan pasangan idaman mereka.


Bagi 2024 pula, Bumble mendedahkan cerapan yang meramalkan peralihan ke arah perhubungan yang lebih introspektif dan tulen di mana pengguna mengutamakan diri mereka.

Dalam erti kata lain, 2024 digelar sebagai tahun ‘self-love’ atau swacinta.

Penyelidikan aplikasi itu juga menekankan kepentingan mewujudkan sempadan jelas dalam perhubungan, kerja dan kewangan.

Penyelidikan itu dijalankan oleh Bumble melalui satu tinjauan dalaman antara 21 dengan 26 September. Ia melibatkan sampel 26,849 pengguna Bumble di seluruh dunia, termasuk Singapura.

Sebanyak 64 peratus wanita yang ditinjau di Singapura akan memasuki 2024 dengan pandangan yang lebih jelas tentang keinginan mereka dalam kehidupan romantik.

Golongan yang masih solo itu kini mengkhususkan masa dan usaha dalam meningkatkan kesejahteraan diri.

Ia termasuk tidak terikat dengan garis masa yang ketinggalan zaman, mempersoalkan keutamaan kerjaya berbanding kehidupan peribadi, dan lebih mementingkan keterbukaan emosi, penerimaan diri dan nilai bersama.

Kini, kurang tumpuan diberikan oleh 37 peratus wanita Singapura dalam mematuhi garis masa atau peristiwa penting tradisional, seperti perkahwinan kerana lebih ramai memilih untuk ‘slow-dating’ atau tidak terburu-buru.

Mereka mengambil masa lebih lama untuk mengenali dan menjalin hubungan.

Golongan itu juga memilih untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental mereka.

Konsep ‘self-love’ atau cintai diri itu termasuk bertanggungjawab atas kebahagiaan diri sendiri.

Sebanyak 75 peratus wanita Singapura mengambil langkah aktif agar lebih bahagia dengan diri.

Perangkaan itu menyumbang kepada 42 peratus wanita yang memilih untuk keluar dengan lelaki bujang yang (dapat) menerima mereka seadanya tanpa cuba mengubah diri mereka.

Pengguna Bumble kini turut mencari keintiman emosi berbanding hubungan seks dalam perhubungan romantik, menurut 38 peratus responden Singapura yang dikaji di Bumble.


Keintiman emosi merangkumi keselamatan dan pemahaman.

Di samping itu, 26 peratus lelaki Singapura pula lebih terbuka dengan individu yang mereka temui berbanding sebelum ini.

Pengarah Komunikasi APAC Bumble, Cik Lucille McCart, berkata: “... Ramai yang melakukan introspektif lebih daripada sebelum ini, lebih menerima diri mereka dan menampilkan versi diri mereka yang lebih tulen dalam dunia dating.

“Kami meramalkan 2024 akan menyambut tahun kendiri, dengan rakyat Singapura berasa diberi kuasa untuk mengutamakan perkara yang mereka hargai, tidak takut tentang pendirian mereka, dan mempunyai rasa kejelasan yang diperbaharui tentang apa yang mereka inginkan dalam kehidupan romantik mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >