Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mastercard lancar program bimbing generasi baru pemain e-sukan

Nov 23, 2023 | 5:30 AM
SUKAN ELEKTRONIK: Seorang peserta kelihatan bermain permainan Valorant di sebuah sekolah di Perancis. Mastercard baru-baru ini mengundang peminat e-sukan menyertai program bimbingan demi melahirkan peserta e-sukan berbakat.
SUKAN ELEKTRONIK: Seorang peserta kelihatan bermain permainan Valorant di sebuah sekolah di Perancis. Mastercard baru-baru ini mengundang peminat e-sukan menyertai program bimbingan demi melahirkan peserta e-sukan berbakat. - Foto AFP

Mastercard melancarkan satu program baru untuk membimbing generasi baru penggiat e-sukan dengan menawarkan 10 individu peluang untuk menyertai Akademi Gamer Mastercard.

‘Gamer’ atau mereka yang gemar bermain permainan komputer, yang dipilih, akan menerima bimbingan, kemahiran dan rangkaian kerja yang diperlukan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang e-sukan.

Menurut firma Mastercard, daya usaha itu diadakan memandangkan ada sekitar tiga bilion warga dunia yang menyifatkan diri mereka sebagai ‘gamer’.

Perangkaan menunjukkan bilangan ‘gamer’ berusia 45 tahun ke atas melebihi bilangan ‘gamer’ berusia 18 tahun ke bawah. Wanita merangkumi sekitar separuh daripada jumlah ‘gamer’ di dunia.

Walaupun terdapat minat yang luas, ramai calon profesional menghadapi cabaran menceburi industri tersebut, menurut Mastercard dalam kenyataannya.

Akademi itu, yang dijadualkan bermula pada awal 2024, menawarkan kurikulum pendidikan merangkumi penglibatan jenama, pemasaran, penciptaan kandungan dan pelaksanaan acara.

Peserta juga akan menerima pembiayaan bagi semua perbelanjaan ke acara e-sukan utama, termasuk Kejohanan Dunia League of Legends 2024 dan Juara Valorant 2024.

Mereka juga akan diberi akses belakang pentas dan lawatan ke ibu pejabat G2 Esports di Berlin.

Selain itu, program itu juga menawarkan akses kepada karyawan e-sukan yang berpengalaman.

Terdapat juga sesi bimbingan secara bersemuka dan digital dengan mentor yang akan memberi panduan kesihatan mental, daya tahan dan mencari sekutu.

Kurikulum yang dijalankan itu akan turut dirakam dalam beberapa episod dan disiarkan agar peminat e-sukan boleh menonton dan mempelajari pelbagai peluang kerjaya dalam sektor itu.

G2 Esports, satu pertubuhan e-sukan sejagat terkenal, menaja akademi itu. Badan itu juga dikenali ekoran komitmennya terhadap perwakilan wanita dalam sukan.

Dalam hal tersebut, G2 Esports meletakkan empat senarai wanita dalam pelbagai permainan elektronik.

Permohonan menyertai Akademi Gamer Mastercard terbuka kepada individu di seluruh dunia yang berumur 21 tahun ke atas.

Permohonan ditutup pada 17 Disember.

Mereka yang berminat boleh memohon melalui laman web, mastercard.com/gameracademy.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg