JOHOR BAHRU: RAMAI yang masih mengingati bait-bait daripada iklan snek Tora yang dijayakan pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rashid Yahya, yang lebih dikenali sebagai Mat Sentol.
"Tora datang lagi kali ini dengan permainan baru bola besi..." begitulah kata-kata Mat Sentol yang terkenal di Singapura sebagai peneraju rancangan kanak-kanak, Mat Yoyo pada tahun 1980-an.
Di sebalik berita palsu yang tular di media sosial mengenai keadaannya yang dikatakan terlantar sakit, Mat Sentol sebenarnya masih sihat dan keletah dengan lawak jenakanya.
Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic itu memberitahu agensi berita, keadaan kesihatannya ketika ini baik dan masih mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan bagi melihat kuih-muih kegemarannya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg