Topic followed successfully
Go to BHkuDua anak seni tingkat diri guna SkillsFuture
Pengguna Berdaftar
Dua anak seni tingkat diri guna SkillsFuture
Dalam keadaan sekeliling serba tidak menentu dek pandemik Covid-19 yang menjejas ekonomi, pekerjaan dan kesenian, bakat Singapura lebih rancak memikirkan cara mempertingkat kemahiran, pengetahuan dan kecergasan. Apakah yang mendorong mereka membakar semangat melengkapi diri dengan kecekapan kulinari, aktiviti sihat mahupun ilmu akademik perniagaan? BERITA HARIAN melaporkan.
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
Dua anak seni tingkat diri guna SkillsFuture
'MatRockBaker', 'AuntyZumba' pertingkat diri dengan ilmu kulinari, kecergasan
SETIAP kali menonton klip video 'InstaStory' (kisah Instagram) pendidik selebriti dan penggiat seni, Cik Asnida Daud, ramai yang terinspirasi dengan kegigihannya memperkasa kecergasan dengan senaman zumba dan senaman teras yang lasak.

