Maya Gallery galak budaya jual beli karya seni di pasar lambak
Premium
Maya Gallery galak budaya jual beli karya seni di pasar lambak
Dec 14, 2017 | 5:30 AM

BANGKIT SEMANGAT PELUKIS TEMPATAN: Pemilik Maya Gallery, Cik Masturah Sha'ari, menjadikan pasar lambak 'Go Art Market' di galerinya sebagai wadah pelukis dan usahawan seni menjual karya seni mereka dengan harga berpatutan. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
Permintaan tidak menentu turut menjejas operasi balai seni dan jualan karya seni di mana-mana termasuk Singapura. Namun, balai seni milik anak Melayu, Maya Gallery dan persatuan pelukis Melayu setempat, Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) berusaha menganjurkan acara yang menggalakkan budaya jual beli karya seni. Ia adalah sebagai sumber dorongan dan pembangkit semangat buat pelukis setempat yang juga ingin kerja seni mereka dihargai. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
PERMINTAAN tidak menentu membawa pada kesuraman dunia seni visual setempat dan sekali gus penutupan sebuah muzium seni komersial dan beberapa balai seni di Singapura, tidak lama dahulu.

