PELAKON Malaysia, Maya Karin, hampir menarik diri di saat akhir menjadi rakan penyampai Faizal Hussein dalam Festival Filem Malaysia ke-32 yang berlangsung di Encore, Melaka, minggu lalu. Sebabnya? Maya sudah alami 'panic attack' atau serangan panik sebelum naik ke pentas.

Maya dalam satu wawancara berkata, pada ketika itu beliau sudah minta Faizal agar tampil berseorangan bagi mengumumkan dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.